Displaying items by tag: halba
Saturday, 23 August 2008 00:00
Rawatan Tangas dan Kelebihannya
Rawatan tangas seakan sauna atau mandi wap, tetapi ia mempunyai keistimewaan tersendiri kerana rawatan tradisional ini ditambah dengan penggunaan ramuan herba dan rempah ratus. Bergantung kepada cara dan tujuan tangas, penggunaan rempah atau herba adalah pelbagai. Antara yang biasa digunakan ialah daun pandan, halba, halia, jintan hitam, manjakani, asam jawa, bunga melur, bunga mawar dan lain-lain. Orang-orang lama percaya ia mampu membantu membuang toksin, menghilangkan bau badan, mengubati masalah haid, rahim jatuh, memberi tenaga, meningkatkan imun dan lain-lain khasiat lagi. | Add a comment |
Published in
Petua Kesihatan
Saturday, 21 June 2008 20:47
Halba dan Jintan Hitam untuk Menambahkan Susu Badan
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.
Nota ratuhati:
- Keberkesanan petua ini mengikut keserasian seseorang. Cara terbaik ialah menyusukan dengan kerap.
- Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.
| Add a comment |
Published in
Penyusuan Susu Ibu

