Displaying items by tag: perlu
Saturday, 25 October 2008 08:05

Petua Menjaga Mata Supaya Tak Mudah Rosak

Untuk menjaga mata anda supaya terang cuba amalkan petua ini ketika hendak mandi pagi menggunakan air pancur. Tatkala air dari ubun-ubun jatuh ke kelopak mata, biarkan air tersebut memasuki mata dan berselawatlah. InshaAllah mata tak mudah rosak.

Petua dari: Mohd Zamrie Md Ariff dalam Sahabat Interaktif (sim)
Add a comment
Published in Petua Kesihatan
Tumbuhan ulam atau sayuran yang tidak sesuai dimakan oleh ibu-ibu yang berpantang seperti pucuk ubi kayu, kekacang, pucuk paku, kubis, kangkung, timun, bayam, tembikai, jambu batu, dan air kacang soya. Makanan ini adalah bersifat sejuk dan tidak sesuai untuk para ibu. Terdapat juga makanan yang bersifat tajam dan berbisa seperti rebung, tebu, air kelapa, cuka, dan nanas. - TUMBUHAN DI DALAM AMALAN BERPANTANG MASYARAKAT MELAYU BAGI IBU YANG BARU BERSALIN, NOR ASIAH BT AMRAN
Add a comment
Published in Dalam Pantang
Anda boleh memilih untuk menunggu sehingga cukup setahun mencuba sebelum mula menjalani pemeriksaan atau lebih awal sekiranya anda mempunyai simptom yang mungkin berkait dengan masalah kesuburan seperti gangguan kitaran haid, lelehan faraj berbau dan berulang serta sakit bahagian ari-ari. Suami juga digalakkan menjalani ujian air mani, terutama jika dia merokok. - Dr Adilah Ahmat, Belum Hamil Lepas Keluar IUD, Harian Metro
Add a comment
Published in Ingin Hamil
You are here