Petua Memasak
Petua Memasak

Petua Memasak (38)

Friday, 30 September 2011 01:23

Petua Menggoreng

Written by Ratuhati.com

Salah teknik menggoreng, yang digoreng melekat pada kuali, minyak terpercik, ikan pula hancur.

Add a comment
Saturday, 21 May 2011 08:28

Petua Memasak Bertih Jagung

Written by Ratuhati.com

Rendam bertih jagung di dalam air selama 10 minit sebelum dimasak. Bertih jagung akan masak lebih cepat dan juga kurang biji bertih yang tinggal tidak kembang.

Add a comment
Saturday, 21 May 2011 06:54

Menghilangkan Rasa Hangus pada Nasi

Written by Ratuhati.com

Untuk menghilangkan rasa dan bau hangus pada nasi, masukkan sekeping roti di bahagian atas nasi dan biarkan selama 10 minit. Elakkan mengaut di bahagian bawah periuk semasa menghidangkannya. Anda juga boleh menggunakan setangkai cili kering. Gunakan cara yang sama seperti roti.

Add a comment
Saturday, 21 May 2011 06:50

Hilangkan Rasa Hangus Kuah

Written by Ratuhati.com

Jika kuah atau sos anda terhangus semasa dimasak, tuangkannya ke dalam periuk baru dan teruskan memasaknya. Tambah sedikit demi sedikit gula. Rasa selepas setiap tambahan supaya tidak terlebih manis. Rasa gula akan menghilangkan rasa hangus tadi.

Add a comment
Saturday, 21 May 2011 06:25

Mengelakkan Kulit Telur Pecah Semasa Direbus

Written by Ratuhati.com

Untuk mengelakkan cengkerang atau kulit telur daripada pecah semasa direbus, masukkan secubit garam ke dalam air yang digunakan untuk merebus telur.

Add a comment
Saturday, 27 February 2010 02:01

Petua Meranumkan Avocado

Written by Ratuhati.com

Untuk meranumkan avocado, letak avocado di dalam beg kertas bersama dengan sebiji pisang. Biarkan selama 1 hingga 2 hari.

- petua daripada Chef Norzailina Nordin.

Add a comment
Monday, 07 September 2009 15:04

Merangupkan Kentang Goreng

Written by Ratuhati.com

Untuk merangupkan kentang goreng, setelah dikupas kulit, dibasuh dan dipotong. Gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan 1 - 2 jam hingga kentang kering. Selepas itu gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yang banyak di atas api sederhana agar betul-betul rangup. Pasti rangupnya seperti yang dibeli dari kedai makanan segera.

Add a comment
Monday, 07 September 2009 15:04

Harumkan Bawang Tumis

Written by Ratuhati.com

Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis. Pasti wangi baunya.

Add a comment
Monday, 07 September 2009 15:04

Melemakkan Masakan Pulut

Written by Ratuhati.com

Untuk menyedapkan pulut yang dimasak. Caranya, rendam pulut semalaman kemudian masak dengan air kelapa.

Add a comment
Monday, 07 September 2009 15:04

Mematikan Ikan Keli

Written by Ratuhati.com
Mematikan ikan keli dengan cara mengetuknya akan menyebabkan isi ikan tersebut rosak. Cara yang paling mudah, masukkan secamca besar garam ke dalam bekas ikan keli dan biarkan lebih kurang 15 minit. Ikan tersebut akan mati.
Add a comment
Page 1 of 4
You are here