
Siapalah diri kita sebagai ummat akhir zaman yang lemah. Tahap agama kita begitu jauh berbanding Rasulullah dan para Sahabat Nabi. Kita menyambut Ramadhan tidak seperti mereka dahulu yang mana Ramadhan mereka lalui dengan pengorbanan dan bertungkus lumus dalam dakwah, taklim dan ibadah. Siang hari mereka berpuasa dengan mujahadah untuk mempertahankan Iman dan Islam. Peristiwa Badar Kubra berlaku pada bulan Ramadhan yang mana orang-orang Islam hanya berjumlah 313 berbanding orang musyrikin yang berjumlah 1,000 orang. Malam mereka berjaga sujud dan menangis di hadapan Allah untuk mencari bantuan dan RahmatNya. Alhamdulillah Allah memberi kemenangan pada orang-orang beriman.
Oleh itu apalah ertinya Ramadhan kita berbanding mereka. Sekurang-kurangnya rebutlah 10 hari yang terakhir dari Ramadhan untuk mencari Lailatur Qadar.
Berkata Imam Al-Ghazali Rahimahullah :" Bahawasanya telah diketahui Lailatul Qadar dengan permulaan Ramadhannya, maka jika awalnya itu pada hari Ahad atau Rabu maka jatuh lailatul qadar pada malam yang ke 19 , jika awalnya pada hari Isnin maka jatuh pada malam 21, jika awalnya Selasa atau Jumaat maka pada malam yang ke 27 dan jika awalnya pada Khamis maka jatuh pada malam ke 25 dan jika awalnya pada hari Sabtu maka jatuh Lailatul Qadar pada malam yang ke 23". Telah berkata Sheikh Abu Hassan As-syazali : "Dari mula-mula aku baligh hinggalah sekarang ini tiada aku terlepas dari memperolehi Lailatul Qadar dengan mengamalkan kaedah ini"
Para suami dan isteri, ibu dan bapa, lelaki dan wanita, anak-anak... kita ambillah peluang ini... siapalah kita yang penuh dosa ini, mohon taubatlah kepada Allah... kita penuh kefakiran kepada Allah... Hidayah petunjuk, hajat-hajat, kesempitan, kekurangan, sakit dan lain-lain lagi... Mohonlah kepada Yang Maha Kaya, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

