Memakai minyak wangi adalah amalan sifat Rasullah s.a.w dan juga para malaikat. Bukan sahaja malaikat dan rasulullah suka kepada bau-bauan yang harum bahkan semua manusia suka kepada bau-bauan yang harum.Orang yang memakai bau-bauan akan mendapat pahala disisi Allah. Para ulama berbeza pandangan didalam menentukan najis atau tidak minyak wangi yang mengandungi alkohol. Ini adalah kerana:
- Alkohol yang diletakan di dalam minyak wangi merupakan alkohol yang diharuskan dan bukannya alkohol yang sejenis dengan alkohol yang berada di dalam minuman keras.
- Menilai pandangan ulama, ada yang menyatakan haram alkohol itu adalah haram minum bukan haram memakainya. Ia termasuk dalam perkara cabang dan bukan masalah pokok. Maka ia boleh dipermudahkan setelah kita tahu huraian-huraiannya.
Rasullah S.A.W bersabda :“Permudahkan jangan kamu memayahkan”.
Oleh itu, berdasarkan kepada pandangan ulama yang menyatakan harus, maka bolehlah kita memakai diluar sembahyang dan dalam sembahyang tanpa rasa was-was. Adapun muslimat tetap tidak boleh pakai minyak wangi di tempat-tempat awam. Ianya dibenarkan untuk suami dan keluarga serta sesama muslimat sahaja, kerana ia boleh menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki, samada yang ada alkohol atau tidak.
Wallahua’lam

