Friday, 30 September 2011 01:23

Petua Menggoreng Featured

Written by  Ratuhati.com
Rate this item
(1 Vote)

Salah teknik menggoreng, yang digoreng melekat pada kuali, minyak terpercik, ikan pula hancur.

Mengelak Minyak Memercik
Petua 1 : Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian baru menggoreng.
Petua 2 : Ketika memanaskan minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkanasam gelugur apabila hendak menggoreng.
Petua 3 : Jika menggoreng ikan keli, goreng dengan api kecil dan masukkan beberapa keping asam keping untuk mengelakkan percikan akibat lemaknya.
Petua 4 : Masukkan sedikit tepung ubi ke dalam kuali. Apabila minyak sudah agak panas, masukkan sedikit sahaja tepung ubi dan kacau. Biarkan tepung ubi sama rata dengan minyak dan terus masukkan ayam atau ikan yang hendak di goreng. Selain minyak tidak  terpercik, hasil gorengan menjadi lebih sedap dan garing.

Ikan Digoreng Tidak Lekat
Petua 1 : Untuk memastikan ikan tidak melekat pada kuali ketika digoreng, pastikan kuali kering baru tuang minyak. Gunakan minyak yang banyak dan membolehkan ikan tersebut tenggelam. Selain itu anda juga boleh memasukkan beberepa keping asam keping bersama ikan itu. Terbalikkan ikan bila anda yakin ia telah garing
Petua 2 : Semasa menggoreng ikan, sekiranya ikan melekat pada kuali, masukkan beberapa halia ke dalam minyak tersebut; ikan akan dapat ditanggalkan dari kuali.
Petua 3 : Sebelum menggoreng, semasa api telah dipasang dan minyak telah dimasukkan ke dalam kuali, potongkan dua atau tiga biji bawang merah dan masukkan kedalam kuali.  Biarkan ia tergoreng sebentar.  Apabila minyak telah panas, gorenglah ikan atau ayam seperti biasa.  Bawang tersebut biarkan sahaja di dalam kuali sehingga selesai kerja-kerja menggoreng.
Petua 4 : Semasa hendak menggoreng ayam atau ikan tersebut masukkan beberapa helaian daun pisang yang telah dikerat sederhana lebar ke dalam kuali tersebut. Apabila minyak telah panas, gorenglah seperti biasa.

Mengelak Ikan Masin Hancur
Taburkan sedikit tepung gandum pada ikan masin terlebih dahulu sebelum menggoreng.

Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis.

Last modified on Sunday, 02 October 2011 04:32
Login to post comments
You are here