Displaying items by tag: Hilangkan

Suami anda balik rumah dengan kesan dakwat pen pada poketnya? Takkan hendak dibuang kemeja yang baru beberapa kali dipakai bukan? Apa kata cuba petua ini.
Basahkan dahulu kesan dakwat tadi dengan sedikit cuka makan. Bancuhkan 2 sudu cuka makan dengan 3 sudu tepung jagung. Kemudian, sapukan campuran ini kepada kesan dakwat tadi. Biarkan ia kering. Bersihkan campuran yang telah kering tadi dan basuh kemeja seperti biasa. Petua ini juga boleh digunakan untuk kesan pada permaidani.

Selain daripada digunakan dalam masakan, bunga cengkih juga mempunyai pelbagai kegunaan lain di dapur. Untuk mengelakkan semut daripada terus menghurung gula anda, masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula. Semut akan hilang dan gula berbau harum.
Cengkih juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau yang kurang enak di dalam peti ais anda. Masukkan segelas kecil bunga cengkih ke dalamnya selain daripada seketul arang kayu.

Hati pasti sakit jika rumah dicemari bau asap rokok. Untuk menghilangkan bau tersebut,masukkan sedikit hampas kopi pada bekas abu rokok. Bau busuk tadi akan menjadi wangi.

Setelah menyiang atau membasuh ikan biasanya tangan anda pasti berbau hanyir. Untuk menghilangkan hanyir ini, lumur tangan anda dengan ubat gigi. Kemudian bilas bersih.

Kelemumur memang merimaskan. Gatal, jatuh pada baju dan boleh menyebabkan rasa rendah diri. Penyelesaiannya amat mudah, tidak perlu bahan kimia pada syampu yang kuat. Cukup sekadar membasuh rambut anda dengan perahan air limau. Anda juga boleh menggunakan sedikit cuka makan, dicampurkan dengan air dalam nisbah 1:1. Pastikan limau atau cuka ini sampai ke kulit kepala anda. Biarkan 10 minit seelok-eloknya. Sambil itu anda bolehlah menggosok gigi atau menyental daki di badan. Saya telah mencubanya, memang berkesan.
Deodoran, boleh menghilangkan (atau mengurangkan) bau badan tetapi bukan peluh, biasanya adalah berasaskan alkohol dan menukar keasidan kulit anda, membuatkan ia tidak sesuai untuk bakteria. Antipespirants menghalang duktus peluh anda dengan garam-garam aluminium, dengan itu peluh kurang keluar melalui kulit anda. Walaupun anda mungkin pernah mendengar kaitan antiperspirants dengan barah payudara, sebenarnya tiada bukti saintifik tentang ini.
Antiperspirants boleh menyebabkan iritasi - kulit kemerahan, bengkak, gatal. Deodoran, terutamanya berasaskan herba atau kristal, mungkin kurang kesan iritasinya bagi kebanyakan orang.
Sumber:Sweating and body odor, mayoclinic
Kelemumur adalah lapisan kulit mati yang terkumpul pada kulit kepala. Petua untuk menghilangkannya adalah mudah. Campurkan 1/2 cawan air dan 1/2 cawan cuka putih. Sapu dan gosokkan terus ke kulit kepala sebelum bersyampu. Lakukan seminggu 2 kali.

Ibu yang menyusu badan kadang-kadang menghadapi masalah bengkak susu kerana bayi tidak menghisap susu pada masa yang lama. Memerah susu kadangkala boleh membuatkan susu badan yang dihasilkan bertambah banyak kerana 'signal' salah yang diterima oleh minda anda. Anda boleh melegakan bengkak ini dengan menyiramkan buah dada anda dengan air suam semasa mandi di pancuran. Atau, anda juga boleh menanggalkan 'bra' anda dan siramkan air suam dari mangkuk dengan menunduk di sinki.