Soda Penaik Menghilangkan Kesan Hangus Periuk
Kesan hangus pada periuk atau kuali akibat makanan hangus agak sukar dihilangkan. Anda perlu menyentalnya. Cara lebih mudah dan juga ekonomi adalah dengan menggunakan soda penaik. Taburkan sedikit soda penaik ke permukaan periuk atau kuali yang hangus. Tambahkan air panas dan biarkan ia terendam semalaman. Kesan hangus itu akan tanggal lebih mudah. Cuci seperti biasa selepas itu.
Tip membeli: Beli soda penaik di kedai menjual barangan bakery. Ia dijual dalam pek besar dengan harga yang murah.
| Add a comment |
Siram Pokok dengan Air Rebusan
Setelah merebus pasta, jangan buang air rebusannya. Sejukkan kemudian gunakan untuk menyiram pokok. Nutrien di dalam air rebusan ini sangat baik untuk pokok. Jimat dan cintai alam sekitar ;-)
| Add a comment |
Petua Memasak Bertih Jagung
Rendam bertih jagung di dalam air selama 10 minit sebelum dimasak. Bertih jagung akan masak lebih cepat dan juga kurang biji bertih yang tinggal tidak kembang.
| Add a comment |
Menghilangkan Rasa Hangus pada Nasi
Untuk menghilangkan rasa dan bau hangus pada nasi, masukkan sekeping roti di bahagian atas nasi dan biarkan selama 10 minit. Elakkan mengaut di bahagian bawah periuk semasa menghidangkannya. Anda juga boleh menggunakan setangkai cili kering. Gunakan cara yang sama seperti roti.
| Add a comment |
Hilangkan Rasa Hangus Kuah
Jika kuah atau sos anda terhangus semasa dimasak, tuangkannya ke dalam periuk baru dan teruskan memasaknya. Tambah sedikit demi sedikit gula. Rasa selepas setiap tambahan supaya tidak terlebih manis. Rasa gula akan menghilangkan rasa hangus tadi.
| Add a comment |
Menghilangkan Kerak Kalsium di Rod Pemanas Cerek Elektrik
Untuk menghilangkan kerak kalsium di rod pemanas cerek elektrik, rebus campuran cuka dan air. Nisbah adalah 1:1 dan pastikan rod itu terendam di dalam campuran ini. Selepas direbus, buang campuran tersebut dan bilas cerek dengan air paip.
| Add a comment |
Mengelakkan Kulit Telur Pecah Semasa Direbus
Untuk mengelakkan cengkerang atau kulit telur daripada pecah semasa direbus, masukkan secubit garam ke dalam air yang digunakan untuk merebus telur.
| Add a comment |
Menghilangkan Bau di Tangan dengan Sudu Stainless Steel
Selepas memotong bawang atau menyiang ikan biasanya tangan akan berbau kurang enak. Untuk menghilangkan bau ini, cuba gosok-gosokkan tangan anda dengan sudu stainless steel (keluli).
| Add a comment |
Menanggalkan Kerak
Caranya, rebus kulit kentang di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebut selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya.
| Add a comment |
Agar Sayuran Celur Kelihatan Segar
Seringkali selepas sayur dicelur, ia kelihatan lebam dan kurang menyelerakan. Untuk mengelakkan masalah ini ada beberapa petua yang boleh diamalkan.
Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusan dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat.
Puan-puan juga boleh mencampurkan sedikit soda bikarbonat ke dalam air yang dididihkan itu sebelum memasukkan sayur.
Selamat mencuba
| Add a comment |

