Displaying items by tag: Khasiat
Cendawan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Tetapi jika salah cara membersihkannya, anda dapati bukan sahaja zatnya akan berkurangan, malah rasanya juga jadi kurang sedap. Cara terbaik untuk membersihkan cendawan ialah dengan mengelapnya dengan kain yang lembap untuk membuang kotoran pada permukaannya. Kemudian pisahkan kepala cendawan dari batangnya supaya kekotoran atau serangga yang tersuruk antara celah tersebut dapat dibuang. Jangan membuang kulit cendawan kerana ia penuh dengan pelbagai kebaikan dan juga rasa. Jika anda mahu menggunakan cendawan untuk salad atau mahu menyediakannya lebih awal sebelum dimasak, gaulkan ia dengan jus lemon untuk mengekalkan warnanya.
- Petua Chef Sabri (chefsabri.blogspot.com), gambar: Inmagine
Add a comment
Published in Petua Rumah/Dapur
Tuesday, 21 October 2008 08:49

Khasiat Teratai dalam Perubatan

Teratai bukan sahaja cantik di mata, tetapi mempunyai pelbagai khasiat, antaranya merawat insomnia atau tidak dapat tidur malam, mengurangkan tekanan, merawat demam dan juga cirit-birit.

Untuk mengatasi insomnia - Gunakan lima hingga 12 gram biji teratai direndam hingga lembut. Kemudian rebus secukupnya. Minum air bersama biji teratai.

Untuk mengurangkan stress - Gunakan 20 butir biji teratai dan 15 gram longan. Direbus dan diminum.

Untuk merawat demam - Ambil 30 gram ubi teratai, 15 gram tebu yang dibuang kulit, sebiji buah pir. Bahan ini dikisar dan diminum.

Untuk merawat cirit-birit - Ambil 50 gram ubi teratai, 10 gram halia. Tambahkan air dan kisarkan. Didihkan jus ini dan tambah sedikit madu.

Sumber petua - Kosmo

Add a comment
Published in Petua Kesihatan
Wednesday, 05 November 2008 08:36

Rahsia Manjakani (Syhh... untuk Wanita Sahaja)

ManjakaniKENANGAN BERTUGAS di sebuah majalah wanita dengan rakan kerja semuanya wanita, memang menyeronokkan. Macam-macam cerita yang kami kongsi bersama. Kalau sudah semua warganya perempuan, percayalah, ada ketika kami berkongsi cerita yang di luar jangkaan orang lain. Malah kalau ada tips kecantikan, rahsia hubungan intim, kalau yang munasabah, kami jugalah yang cuba praktikkan dahulu sebelum dikongsi dengan pembaca.

Add a comment
Published in Kecantikan
Friday, 10 October 2008 04:39

Madu, Adakah Selamat untuk Bayi Anda?

Madu merupakan makanan kesihatan yang paling popular. Namun begitu ia tidak disarankan untuk bayi anda yang berusia dibawah satu tahun. Ini kerana madu mengandungi Clostrium botulinum yang boleh mengakibat bayi anda maut. Saluran penghadaman bayi tidak mampu menghalang pertumbuhan spora botulism ini yang boleh menghasilkan toksin. Kanak -kanak yang berumur satu tahun keatas boleh memakannya dengan selamat.
pakarpemakanan.wordpress.com
Add a comment
Thursday, 02 August 2007 11:50

Anak Saya Tak Cukup Makan ke?

Pemakanan adalah antara faktor terpenting yang menyumbang kepada kesihatan bayi secara keseluruhannya. Adalah penting untuk ibubapa/penjaga mengetahui adakah bayi mereka mendapat makan dengan secukupnya atau tidak..
Add a comment

Buah stroberi amat kaya dengan kandungan zink yang tidak terdapat pada buah-buahan lain. Dan pada lelaki, zink adalah amat penting kerana ia berkait rapat dengan seksualiti seseorang. Menurut Patrick Hoiford dari Institute for Optimum Nutrition, zink yang terkandung dalam stroberi itulah yang membantu meningkatkan pertambahan hormon testosteron yang diperlukan dalam penghasilan sperma. Selain itu, strawberi juga didapati mengandungi khasiat antioksidan yang membantu melancarkan aliran darah kepada organ seksual. Namun begitu, pengambilan zink tidak harus melebihi 30 mg sehari.

- Strawberi Tingkatkan Testosteron, fazlisyam.com

Add a comment
Published in Ingin Hamil
You are here