Displaying items by tag: Mengekalkan
Cendawan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Tetapi jika salah cara membersihkannya, anda dapati bukan sahaja zatnya akan berkurangan, malah rasanya juga jadi kurang sedap. Cara terbaik untuk membersihkan cendawan ialah dengan mengelapnya dengan kain yang lembap untuk membuang kotoran pada permukaannya. Kemudian pisahkan kepala cendawan dari batangnya supaya kekotoran atau serangga yang tersuruk antara celah tersebut dapat dibuang. Jangan membuang kulit cendawan kerana ia penuh dengan pelbagai kebaikan dan juga rasa. Jika anda mahu menggunakan cendawan untuk salad atau mahu menyediakannya lebih awal sebelum dimasak, gaulkan ia dengan jus lemon untuk mengekalkan warnanya.
- Petua Chef Sabri (chefsabri.blogspot.com), gambar: Inmagine
Add a comment
Published in Petua Rumah/Dapur
You are here