Displaying items by tag: lemon
Saturday, 29 November 2008 09:03
Petua Menghilangkan Bau Hamis Kambing
Untuk mengurangi bau masakan kambing/domba, cuba cara berikut. Setelah dihiris daging itu, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 min. Bersihkan kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biar 30 min kemudian bersihkan dan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2-3 helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum. - Chef Norzailina Nordin, Laman Web Alaf21| Add a comment |
Published in
Petua Memasak
Thursday, 13 November 2008 23:00
Petua Membersihkan Cendawan dan Mengekalkan Zatnya
Cendawan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Tetapi jika salah cara membersihkannya, anda dapati bukan sahaja zatnya akan berkurangan, malah rasanya juga jadi kurang sedap. Cara terbaik untuk membersihkan cendawan ialah dengan mengelapnya dengan kain yang lembap untuk membuang kotoran pada permukaannya. Kemudian pisahkan kepala cendawan dari batangnya supaya kekotoran atau serangga yang tersuruk antara celah tersebut dapat dibuang. Jangan membuang kulit cendawan kerana ia penuh dengan pelbagai kebaikan dan juga rasa. Jika anda mahu menggunakan cendawan untuk salad atau mahu menyediakannya lebih awal sebelum dimasak, gaulkan ia dengan jus lemon untuk mengekalkan warnanya.- Petua Chef Sabri (chefsabri.blogspot.com), gambar: Inmagine
| Add a comment |
Published in
Petua Rumah/Dapur
Tuesday, 04 September 2007 22:12
10 Cara Untuk Meningkatkan Imun
| Add a comment |
Published in
Kesihatan
Tuesday, 12 April 2011 16:26
Lemon + Soda Bikarbonat = Formula Kesuburan
Perahkan sebiji jus lemon ke dalam cawan dan dengan perlahan-lahan masukkan sedikit soda bikarbonat sehingga buih berhenti. Campurkan air secukupnya dan minum.
Mudah-mudahan dengan meneutralkan keasidan tubuh badan yang selalu terdedah dengan pemakanan dan persekitaran yang bertoksik dapat membantu kesuburan lantas membuahkan hasil. Insya’Allah.
Penerangan dan diskusi di forum Ratuhati, Kisah Benar- Formula Kesuburan
| Add a comment |
Published in
Petua Kesihatan

