Jika anda ingin membuat serbuk roti, keluarkan roti tersebut dari plastiknya. Kemudian letak di atas rak peti sejuk selama tiga hari. Kisar hingga halus untuk mendapatkan serbuk roti buatan sendiri. Simpan di dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti sejuk. Ini sangat menjimatkan.Chef Norzailina Nordin, Puding Roti, Kosmo
| Add a comment |
Setiap kali menggunakan krim keju, hendaklah dibiarkan pada suhu bilik sekurang-kurangnya selama dua jam. Ini akan memastikan ia lembut dan mudah diputar. Krim keju yang masih keras sukar hancur dan licin setelah diputar. - Chef Norzailina Nordin, Brownies Keju, Kosmo
| Add a comment |
Telur dadar atau pun omelette boleh menjadi lebih gebu dan lembut dengan mengamalkan petua ini. Lembutkan telur dadar dengan memasukkan sedikit air ke dalam telur sebelum dipukul. Untuk membuatkannya naik gebu pula, masukkan sedikit soda penaik. 1/2 sudu teh soda penaik untuk setiap 3 biji telur.| Add a comment |
Suami anda balik rumah dengan kesan dakwat pen pada poketnya? Takkan hendak dibuang kemeja yang baru beberapa kali dipakai bukan? Apa kata cuba petua ini.Basahkan dahulu kesan dakwat tadi dengan sedikit cuka makan. Bancuhkan 2 sudu cuka makan dengan 3 sudu tepung jagung. Kemudian, sapukan campuran ini kepada kesan dakwat tadi. Biarkan ia kering. Bersihkan campuran yang telah kering tadi dan basuh kemeja seperti biasa. Petua ini juga boleh digunakan untuk kesan pada permaidani.
| Add a comment |
Untuk mengurangi bau masakan kambing/domba, cuba cara berikut. Setelah dihiris daging itu, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 min. Bersihkan kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biar 30 min kemudian bersihkan dan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2-3 helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum. - Chef Norzailina Nordin, Laman Web Alaf21| Add a comment |
Petua Membersihkan Cendawan dan Mengekalkan Zatnya
Written by Penulis
Cendawan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Tetapi jika salah cara membersihkannya, anda dapati bukan sahaja zatnya akan berkurangan, malah rasanya juga jadi kurang sedap. Cara terbaik untuk membersihkan cendawan ialah dengan mengelapnya dengan kain yang lembap untuk membuang kotoran pada permukaannya. Kemudian pisahkan kepala cendawan dari batangnya supaya kekotoran atau serangga yang tersuruk antara celah tersebut dapat dibuang. Jangan membuang kulit cendawan kerana ia penuh dengan pelbagai kebaikan dan juga rasa. Jika anda mahu menggunakan cendawan untuk salad atau mahu menyediakannya lebih awal sebelum dimasak, gaulkan ia dengan jus lemon untuk mengekalkan warnanya.- Petua Chef Sabri (chefsabri.blogspot.com), gambar: Inmagine
| Add a comment |
Susu Segar Pastur atau Mentah - Mana Satu Pilihan Anda?
Pempasturan cumalah satu proses memanaskan cecair, cukup panas tetapi tidak sampai mendidih (biasanya 70ºC), dalam satu tempoh tertentu untuk membasmi bakteria. Kepanasan membunuh bakteria dan kuman-kuman lain, lantas mengurangkan risiko jangkitan penyakit. Kaedah ini diperkenalkan oleh Louis Pasteur (sebab itu dipanggil pastur) dan kita telah mempastur susu sejak awal 1900 lagi.
| Add a comment |
Selain daripada menggunakan pencuci yang dibeli untuk mencuci cermin atau permukaan kaca, anda boleh membuat sendiri pencuci ini. Ia amat mudah dan sangat menjimatkan. Apa yang anda perlukan cumalah...- 1/4 - 1/2 sudu kecil sabun basuh cecair
- 3 sudu besar cuka
- 2 cawan air
- botol spray
Sembur ke permukaan kaca/ cermin dan lap seperti biasa.
| Add a comment |
Gunakan mentega bermutu tinggi dan harum baunya supaya kek wangi. Mentega jenis ini mengandungi lemak krim dan tiada campuran lemak sayuran seperti mentega yang lain. Mudah saja mengenalinya. Ia lebih mahal dan senang lembut bila diletak pada suhu bilik.
Sebaik-baiknya, potong sebuku mentega itu menjadi lapan bahagian. Dengan cara ini, ia akan lembut sekata dengan sempurna. Mentega yang tidak dipotong mengambil masa yang lebih panjang untuk menjadi lembut. Jika dapur anda agak panas, bahagian luar mentega mungkin bertukar menjadi cair (berminyak) dan ini boleh merosakkan tekstur kek.
Sumber: chef Norzailina, norzailina.blogspot
| Add a comment |
Bunga Cengkih untuk Halau Semut dan Hilangkan Bau
Written by Penulis
Selain daripada digunakan dalam masakan, bunga cengkih juga mempunyai pelbagai kegunaan lain di dapur. Untuk mengelakkan semut daripada terus menghurung gula anda, masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula. Semut akan hilang dan gula berbau harum. Cengkih juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau yang kurang enak di dalam peti ais anda. Masukkan segelas kecil bunga cengkih ke dalamnya selain daripada seketul arang kayu.
| Add a comment |

