Cara Melipat dan Menyimpan Cadar dan Sarung Bantal yang Memudahkan Anda
Written by Penulis
Cara yang memudahkan untuk anda mencari padanan cadar dan sarung bantal selepas dilipat ialah dengan memasukkan cadar dan semua sarung bantal yang telah dilipat ke dalam salah satu sarung bantal yang berpadanan. Ia bukan sahaja memudahkan untuk anda mencarinya, juga menjimatkan ruang penyimpanan dalam almari.
| Add a comment |
Petua Membuatkan Baju Putih yang Kusam Lebih Berseri
Written by Penulis| Add a comment |
Untuk memilih ikan yang segar, pastikan mata ikan jernih, tidak berbau kuat/ kurang enak, warna kulit bersinar, insang berwarna merah jambu dan tiada cela atau luka serta bila ditekan sedikit isinya pejal/naik semula (tidak terus tenggelam).
| Add a comment |
Ramai orang keliru dengan soda penaik dan serbuk penaik. Untuk makluman anda, soda penaik juga dikenali dengan soda bikarbonat. Manakala serbuk penaik adalah baking powder. Serbuk penaik sangat penting untuk memastikan kek kembang dan gebu. Ia telah ditambah dalam tepung naik sendiri.
Soda penaik pula dicampurkan sekali terutama di dalam adunan kek yang mempunyai kandungan cecair yang tinggi, seperti mufin dan sesetengah kek lembap yang juga dikenali sebagai gateau.
Sumber: Chef Norzailina Nordin, Kosmo
| Add a comment |
Dapur dan tanaman adalah antara tempat yang selalu menjadi tumpuan semut. Selain daripada menggunakan racun serangga, anda juga boleh menggunakan air sabun yang dicampurkan dengan kisaran cili dan bawang putih sebagai racun semut. Masukkan campuran ini ke dalam penyembur air. Cara ini lebih selamat, ekonomi dan mesra alam. Untuk lebih jimat, gunakan air sabun yang telah digunakan untuk membasuh baju.| Add a comment |
Warna Ruang Kediaman Boleh Pengaruhi Perasaan Anda
Written by Penulis
Tahukah anda, warna bilik anda boleh mempengaruhi kesuburan? Pemilihan warna dalam sesebuah ruang boleh mempengaruhi emosi anda dan tetamu anda. Ketahui kesan dan gabungan warna yang sesuai untuk sesebuah ruang dalam panduan berikut...
| Add a comment |
Sering kali apabila membuat kek, kek menjadi keras. Ada beberapa faktor yang akan membuatkan kek menjadi keras, antaranya, resepi yang tidak lengkap, kuantiti tepung yang lebih suhu pembakaran yang tidak rata (sesuai).
Walaubagaimanapun, jika kita telah membuat kek yang keras apabila keluar dari Oven, ada cara yang boleh dilakukan agar kek itu menjadi lembut, cara-cara ialah:
- Biarkan kek itu menjadi sejuk.
- Bungkus dengan plastik yang kedap udara (bekas plastik boleh juga digunakan)
- Biarkan bungkusan itu semalaman
- Keesokan hari barulah buka bungkusan tersebut (boleh dipanaskan seketika menggunakan Microwave)
- Proses ini akan mengakibatkan minyak yang ada pada kek tersebut timbul, seterusnya menjadikan kek tersebut menjadi lembut.
| Add a comment |
Cara menyimpan, memasak dan menyediakan makanan perlulah betul supaya zat makanan dapat dikekalkan untuk keperluan tubuh badan kita.
Ketika menyediakan makanan:
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dibuang kulit atau dipotong.
- Elakkan membuang kulit atau memotong buah-buahan dan sayur-sayuran terlalu awal sebelum makan atau memasak.
- Elakkan daripada merendam sayur-sayuran atau buah-buahan yang telah dipotong di dalam air.
- Gunakan air yang sedikit dan jangan masak terlalu lama.
- Jika menggunakan air yang banyak untuk masakan yang berkuah, pastikan semua kuah dimakan bersama.
- Tutup periuk atau kuali ketika memasak makanan.
- Simpan makanan kering seperti biskut di dalam bekas yang kedap udara.
- Simpan makanan segar di dalam peti ais.
| Add a comment |
Gunting yang tajam amat memudahkan kerja-kerja anda, tak kiralah gunting kain, gunting kertas atau gunting dapur. Untuk masalah gunting tumpul, cuba gunting helaian daun sirih satu persatu. Anda juga boleh mengasah gunting dengan menggunting botol menggunakan gunting tersebut. Lakukan 'guntingan' sebanyak yang mungkin. Anda akan dapati gunting yang tumpul itu akan tajam semula.| Add a comment |
Memotong Kentang Sebelum Dimasak Boleh Mengurangkan Khasiatnya Sehingga 75%
Written by Penulis| Add a comment |

