Isteri Boleh Maaf Tapi Tak Boleh Lupa, Suami Boleh Lupa Tapi Tak Boleh Sebut Maaf
Written by Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)Isteri Boleh Maaf Tapi Tak Boleh Lupa
Suami Boleh Lupa Tapi Tak Boleh Sebut Maaf
Ramai dikalangan isteri merungut akan sikap suami mereka yang susah untuk menyatakan atau mengungkapkan perkataan “maaf” walaupun dengan jelas kesalahan dan kesilapan berpunca daripada suami. Akhirnya ramai dikalangan wanita melebelkan orang lelaki ini sebagai EGO.
Untuk memahami sikap lelaki begini, mari kita imbas kembali peranan lelaki zaman dahulu. Lelaki adalah penjaga keluarganya daripada serangan binatang buas, musuh dan menangkap binatang buruan untuk makanan keluarganya. Dia keluar meninggalkan keluarga untuk ke hutan menangkap binatang. Dia berfikir sendirian. Dia keluar dengan penuh yakin untuk kembali membawa binatang buruan. Dia tidak akan menunjukkan muka yang takut atau lemah agar isteri dan keluarganya tidak risau akan pemergiannya. Malah
| Add a comment |
Mahligai Kasih - Suami Memimpin Isteri Mengurus, Muar
Written by Ratuhati.comTarikh: 26 Jun 2011
Masa: 8.00 pagi - 1.oo petang
Tempat: Kompleks Marina, Tajung Emas, Muar
Fasilitator: Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)
Pelaburan (untuk rumahtangga bahagia inshaAllah): Individu RM15, Berpasangan RM25
Anjuran: Pertubuhan IKRAM
Klik untuk versi besar.
| Add a comment |
Lelaki dan Wanita: Tekanan Beri Kesan Berbeza Terhadap Cara Membuat Keputusan Berisiko
Written by Ratuhati.com
Ketika sedang mengalami tekanan, lelaki dan wanita memberikan tindakbalas berbeza dalam membuat keputusan yang berisiko. Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Oxford University Press ini, lelaki akan bertindak lebih pantas, manakala wanita akan lebih berhati-hati.
| Add a comment |
Dengarlah Cerita Isterimu
Written by Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.
| Add a comment |
Suami Merajuk? Lelaki Tidak Merajuk... Tetapi...
Written by Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)Salam Ratuhatian yg dimuliakan,
Kalau ikutkan istilah, biasanya suami tidak merajuk. Kerana yang merajuk hanyalah orang perempuan yang menggunakan emosi dan bahasa badan untuk menyampaikan mesej kepada orang lain terutama sekali kepada orang yang disayangi.
| Add a comment |
Strategi Balik ke Rumah Mertua
Written by Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)Objektif: Setelah selesai selama beraya di rumah mertua, saat nak meninggalkan mereka, mak dan ayah mertua sangat gembira di atas kehadiran beraya di rumah mereka.
KPI (Key Performance Indicator): Mak dan Ayah mertua mengalirkan air mata kegembiraan dan sayu ditinggalkan. Semua adik beradik ipar di rumah melambai-lambai berpeluk cium sebelum berpisah.
| Add a comment |
Apa yang Mengembirakan Isteri Dalam Bulan Ramadhan
Written by Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)
SUAMIKU BERUSAHA MENJADI ORANG BERTAQWA DI BULAN RAMADHAN
Salam Ratuhatian yg dimuliakan.
Apa yg amat mengembirakan dan membahagiakan anda pada hari ini ialah apabila melihat suami anda bersungguh-sungguh mencari redha Allah dan berusaha menjadi orang bertaqwa di akhir Ramadhan nanti.
Bulan yang penuh barakah ini adalah khas untuk suami-suami membaiki ibadah khususnya seperti solat, memantapkan bacaan Al Qurannya, menguatkan iman dengan membaiki kualiti puasanya dan meneguhkan aqidahnya dengan menuruti sungguh-sungguh amalan puasa yg diamalkan oleh Ar Rasul SAW.
Insya Allah. bergembiralah anda jika anda lihat suami anda:
| Add a comment |
Tip Mahligai Kasih: Meminta Bantuan Suami Buat Kerja Rumah
Written by Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)Lebih tips akan dkongsikan semasa Bengkel Mahligai Kasih, 9 Mei ini.
Salam Ratuhatian yg dikasihi
Eloknya bersama dengan suami puan-puan merancang waktu-waktu dia membantu kerja-kerja rumah. Bagi suami puan yang terbiasa membantu, alhamdulillah, mudah berbincang. Tetapi bagi puan-puan yang suaminya tak pandai nak membantu, boleh mulakan sedikit demi sedikit.
Dalam kajian barat, suami-suami yang rajin membantu kerja-kerja rumah dan sentiasa ada di rumah, hormon testosteronenya akan kurang. Ini boleh menyebabkan suami itu lebih penyabar, tenang, kurang panas baran dan juga kurang keinginan seks.
| Add a comment |
Perkahwinan yang hanya bergantung kepada cinta tidak akan berkekalan. Kebahagiaan hidup seperti juga sepohon tanaman yang memerlukan air dan baja untuk terus membesar dan mengeluarkan bunga, buah, ulaman dan kayu kayannya untuk dimanfaatkan oleh ummah. Begitu juga kebahagian, ia memerlukan siraman air dan baja dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kehendak perkembangan umurnya.
Alangkah indahnya jika pasangan suami isteri saling hormat menghormati dan masing-masing dapat melaksanakan tugas sebagaimana pasukan pilot dan stewardess menjalankan tugas di angkasa raya menuju ke destinasi yang satu.

Nota: Lukisan di atas adalah hasil kreativiti Pak Utih ;-)
| Add a comment |
Mahligai Kasih - Suami Memimpin Isteri Mengurus : Bagaimana Memimpin Isteri? Bagaimana Nak Dapatkan Bantuan Daripada Suami di Rumah? Bagaimana Menegur Suami?
Written by Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)Salam Ratuhatian yg dimuliakan
Datang ramai-ramai bersama suami. Beritahu pada suami.. kursus ini bertajuk "Suami Memimpin Isteri Mengurus"
Bagaimana nak pimpin isteri agar mudah menguruskannya juga
Bagi isteri pula, bagaimana nak sokong suami menjadi pemimpin agar mudah anda menguruskannya dan keluarganya dan diri anda jua.
1. Suami kalau pulang ke rumah.. semua mindanya OFF melainkan minda MAKAN , MAIN dan TIDUR...Ramai isteri "geram" kerana suami malas nak tolong kerja rumah... Suami bukan malas tapi secara tobii nya begitulah susuan mindanya... Oleh itu... bagaimana cara nak dapatkan bantuan suami di rumah.. ada caranya.
| Add a comment |


