Saya mengaku, saya sendiri pun terjumpa juga beberapa orang ‘kawan lama’ (bajet macam ramai jek.. hihi). dan, kami saling bertanya perkembangan terbaru masing-masing. Saya tidak berselindung dengan si dia. Saya tidak mahu si dia berfikir yang bukan-bukan. Lagipun, saya tidak lagi menganggap mereka sebagai ex-boyfriend, kekasih lama atau apa-apapun. Saya cuma anggap mereka sekadar kawan lama sama seperti kawan-kawan saya yang lain juga. langsung tak ada perasaan yang berbekas. Hanya si dia di hati saya, dulu, kini dan selamanya. :P
Tetapi, saya tidak pula mengambil jalan untuk berkawan baik dengan ‘kawan lama’. Cukuplah sekadar itu sahaja. Tidak ada perhubungan lagi. Berkawan baik? Tidak perlu rasanya. Hanya si dia juga kawan baik bukan sejenis saya. :)
Tidak salah nak berkawan dengan kekasih lama. Terpulang kepada masing-masing. Dan terpulang kepada penerimaan pasangan masing-masing. Tetapi, jangan sampai diingat semula kemanisan lama. Yang sudah tu, sudahlah. Jalan perlu terus ke depan. Bukan ke belakang. Mengingati semula benda yang sudah lepas adalah sesuatu yang sia-sia. Sekalipun tersimpan perasaan dendam, marah dan tidak puas hati. Eloklah lupakan saja. Bukankah kita sendiri sudah ada kehidupan yang bahagia? Mengapa mahu diabaikan kebahagiaan sekarang demi mengenang kembali kebahagiaan yang dulu. Sudah-sudahlah tu.
Nak berjumpa kembali? Bincanglah dengan pasangan. Tetapi, jika tiada sebab, buat apa nak mengatur pertemuan semula, kan? Kalau agak-agak tak ada kepentingan untuk berjumpa tu. Lebih baik tak payah. Sekalipun pasangan tak kisah, ia mungkin juga boleh menjadi duri dalam rumahtangga. Kalau rasa nak jumpa juga, bawa sahaja pasangan berjumpa sekali.
Fikir-fikirkan lah. Lepaskan yang sudah lepas. Jaga sahaja yang ada sekarang..
Eh, saya juga berkawan dengan ‘kawan lama’ si dia. Dan, dia salah seorang top commentator dalam blog saya ni untuk bulan ini…. :P

