Litar Minda – Multitrek dan Monotrek
Ingin diluahkan, tetapi kenapa tidak kesampaian?
Kata hati sang isteri…
- Suami saya ego, tidak mahu dengar pandangan saya.
- Suami saya selalu fikir dia sahaja yang betul.
- Suami saya tidak suka temankan saya bershopping. Kalau temankan pun mahu cepat pulang.
Kata suami-suami pula…
- Isteri saya suka cakap banyak.
- Isteri saya asyik mengadu masalah... masalah... masalah
- Sukar nak berbincang dengan isteri saya. Dia banyak meleret-leret.
Percayakah anda, kebanyakan masalah suami-isteri berpunca daripada masalah komunikasi? Lelaki dan wanita mempunyai beberapa perbezaan daripada cara mereka berkomunikasi. Akibat tidak memahami perbezaan sikap dan pembawaan ini, masalah yang mulanya kecil boleh menjadi besar.
“Masalah komunikasi antara pasangan berkahwin dikenalpasti menjadi faktor yang boleh menyebabkan sesebuah rumah tangga yang dibina walaupun atas dasar cinta menjadi rapuh”
- Suriani Buang, Kaunselor di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Melalui bengkel Mahligai Kasih, peserta boleh memahami perbezaan pasangan masing-masing dan memanfaatkan perbezaan ini untuk menyusun strategi agar bertambah intim.
Suami Rasa Dihormati, Isteri Rasa Dihargai
Mahligai Kasih adalah bengkel yang menerokai perbezaan suami isteri dari sudut kehendak, keutamaan, pemikiran, persepsi, “hardware dan software” agar suami rasa dirinya dihormati, diperlukan, dipenuhi kehendaknya dan isteri pula rasa dibelai, dihargai dalam bersama membina membina keluarga bahagia.
Objektif Mahligai Kasih
Diakhir bengkel, semua peserta boleh:
1. Merenung kembali faktor-faktor yang menyebabkan dirinya itu berbeza dengan pasangannya
2. Mula menghormati perbezaan yang wujud secara semulajadi (berdasarkan kajian otak terkini dan peranannya) dan yang boleh diubah melalui kesefahaman bersama
3. Mengakui kelemahan dan menyanjungi kekuatan pasangan masing-masing
4. Bersetuju memulakan hidup baru dengan menetapkan nilai-nilai hidup dan perbuatan yang dikongsi bersama berdasarkan nilai-nilai tersebut.
5. Membuat MoU dan berikrar mengikutinya demi intimasi yang diidamkan dan meneruskan perjuangan sebenar masing-masing.
Ada Caranya…
- Suami Tidak Membantu Kerja Rumah
Suami kalau pulang ke rumah.. semua mindanya OFF melainkan minda MAKAN , MAIN dan TIDUR... Ramai isteri "geram" kerana suami malas nak tolong kerja rumah... Suami bukan malas tapi secara tobii nya begitulah susuan mindanya... Oleh itu... bagaimana cara nak dapatkan bantuan suami di rumah.. ada caranya… - Suami Hot, Isteri Geram
Suami, kalau stress atau sedih atau kecewa, biasanya akan menyalahkan perkara luaran dan orang lain. Sebaliknya isteri akan menyalahkan diri sendiri. Inilah konflik di kalangan suami isteri.. kerana silap teknik nak tegur atau nak beri bantuan. Akhirnya suami bertambah hot dan isteri bertambah geram.. sebab tak kena teknik.. jadi ada caranya… - Panas Baran
ketidak fahaman perbezaan respon antara suami dan isteri membuatkan terjadinya konflik, pertengkaran dan ada yang dikasari oleh suami yg panas baran itu. Oleh itu…
bagaimana nak menegur tanpa menaikkan panas baran suami.. datanglah ke bengkel ini.. ada jawapannya…
Apa Istimewanya Mahligai Kasih?
- Suasana Bengkel ini adalah rilek dan duduk berpasangan memuhasabah diri masing-masing.
- Menghiburkan melalui persembahan multimedia, nyanyian dan interaktif berpasangan.
- Mengambilkira dan menghormati perbezaan setiap individu
- Format pebincangan adalah khusus untuk setiap pasangan
- Membantu menerokai penetapan nilai-nilai cinta dan sayang melalui perbincangan rapat.
- Bertukar pengalaman di antara pemudahacara dan juga peserta-peserta.
- Selang-seli ketawa riang mengimbau kembali kesilapan yang lalu
- Simulasi Menyambut Ulangtahun perkahwinan
- Nilai-nilai sejabat.
Siapa Pak Utih?

Bersama Fasilitator Kita
Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)
- Master of Science in Development Training and Education, University of Wolverhampton (1995).
- Bachelor of Science in Agriculture, Universiti Pertanian Malaysia (1987).
- Certificate of Education Oversea Technical Teachers’ Awards, Polytechnic Wolverhampton (1979).
- Diploma in Agriculture, Universiti Pertanian Malaysia (1977).
Bekas CEO Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah Singapura (2004-2007) yang berpengalaman dalam bidang komunikasi dan kepimpinan suami isteri. Semasa melanjutkan pelajarannya di England, 1994, beliau banyak mengendalikan isu-isu perhubungan suami isteri melalui internet dan mengendalikan “Roadshow Ceramah Belaian Kasih Keluarga Perantau UK” di beberapa kota utama untuk keluarga-keluarga Melayu.
Sekembali ke tanahair, beliau mendapat tauliah daripada JAKIM untuk mengendalikan modul komunikasi dan pengurusan konflik rumah tangga bagi peserta Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Keluarga Islam yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis. Beliau pernah ke udara di RTM Pulau Pinang, RTM Johor Bharu dan di Radio Warna Singapura. Pernah mengendalikan Bengkel Pendidikan Kesejahteraan Keluarga 1 untuk KEMAS. Beliau juga mengendalikan kursus kepimpinan dan komunikasi seperti Teambuilding, Komunikasi Kepimpinan, Train the Trainers dan pelbagai kursus lagi dengan badan-badan kerajaan dan korporat.
Adakah bengkel ini sesuai untuk saya?
Ya! Sesuai untuk mereka yang telah berkahwin dan juga mereka yang ada hasrat untuk mendirikan rumahtangga
Mahligai Kasih untuk anda!
- Yang akan melangsungkan perkahwinan
- yang baru berkahwin
- yang sudah lama berkahwin
- yang ingin memperbaiki kualiti rumahtangga mereka
- yang ingin menyemarakkan yang pudar
Mengikut rekod, bengkel Mahligai Kasih yang lepas dihadiri oleh pelajar, golongan muda juga warga emas!
Apa kata mereka yang pernah menyertai Mahligai Kasih?
Prof Madya Pauziah, bekas peserta Mahligai Kasih
Pak Utih seperti track rekodnya memang bersahaja dapat mencuit hati para peserta. Memang santai sambil bergelak ketawa tapi membawa mesej padat lagi sendat sepanjang bengkel. Tanpa disedari oleh peserta, bengkel telah sampai ke penghujungnya. - Prof Madya Pauziah
Yuhana Yunus, bekas peserta Mahligai Kasih dalam forum Ratuhati.com
saya dan suami penah hadiri program mahligai kasih pak utih di hotel shah alam dulu.
masa pegi dulu memang best.. tak salah kalau nak pegi lagi walaupun content dia sama kan..
MyNur, bekas peserta Mahligai Kasih dalam forum Ratuhati.com
"siapa-siapa yang duduk KL tu pergi lah... tak rugi pun....best. Dulu saya pernah pergi... bagus bawak husband sekali, dia boleh dengar sekali sebab ada sesetengah perkara tu kadang-kadang kita nak tegur husband, tak terkeluar mulut ni.. masa saya gi program tu ada slot untuk kita luahkan perasaan kita tu..." - myNur
Razli, bekas peserta Mahligai Kasih melalui email kepada Pak Utih
Terima kasih atas segala tips teristimewa Pak Utih…masih saya amalkan hingga kini.
Kebahgiaan amat manis jelas terasa. Anugerah Allah pada saya suami isteri, atas tunjuka ajar Pak Utih.
Terima kasih yang tidak terhingga. Semoga Allah memberi kesihatan yang berpanjangan untuk Pak Utih untuk terus membantu para suami isteri ke jalan yang diredhai Allah. Amin.
Ayah Adam, Dua kali menyertai Mahligai Kasih 2005 (belum ada anak) dan 2008 (selepas ada anak)
Sekali lagi semalam kami bertemu dengan penceramah yang sama, “Pak Utih” namun dengan peserta yang berbeza. Mungkin kerana kami sibuk dengan peranan sebagai ayah dan ibu adam maka kursus kali ini menyemarakkan semula hubungan kami sebagai suami dan isteri. Mengingatkan kami tentang nilai nilai yang penting dalam cinta kami iaitu menyayangi, menghargai dan menghormati antara satu sama lain.
Dalam salah satu sesi kursus berkenaan, kami dikehendaki menulis@menceritakan pengorbanan yang belum pernah kami ceritakan. Dalam sesi tersebut, ayah adam tak mampu nak tulis apa apa pun. Ketika kami diarahkan untuk berkongsi antara satu sama lagi, ayah adam secara spontan memulakan bicara,
“Pada hari ini, ku ceritakan satu peristiwa pengorbananmu yang belum pernah ku ceritakan padamu. Ianya amat bernilai pada diriku. Kejadian berlaku pada awal tahun 2007 ketika kami berusaha untuk memperolehi zuriat dengan kaedah IVF dan ....”
Ayah adam tidak mampu nak meneruskannya dan begitu juga dengan ibu adam. Air mata kami bercucuran tanpa dapat dibendung. Ayah adam sedar dan ayah adam tahu , begitu juga dengan ibu adam sedar dan tahu betapa pengorbanan masing masing dalam menempuhi detik dan ketika itu. Bermula dengan proses IVF, detik detik cemas keguguran bayi yang dikandung oleh ibu adam dan kemuncak kepada pengorbanan tersebut dengan kehadiran bayi yang bernama Adam Harith dalam kehidupan kami. Zahir tak terucap namun masing masing mengerti pengorbanan yang telah dilakukan.
Terima kasih kepada Pak Utih di atas semua tips yang diberi. Insya Allah, kami akan membina Mahligai Kasih kami sendiri. Kasih disemai, sayang dituai, Semakin hari semakin sayang.
Sertai Kami di Mahligai Kasih, TEMPAT TERHAD!!
Tempat: Hotel Adamsons, Kuala Lumpur (sebelah hotel KL International)
Tarikh: 9 Mei 2010 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi - 1.15 tengahari
Kandungan dan Aturcara Bengkel
08.30 – 09.00 Pendaftaran
09.00 - 09.15 Perasmian oleh YM Tunku Fairus Tunku Khalil
09.15 – 10.45 (1.5 jam) Memahami Perbezaan asas Lelaki dan Wanita
10.45 – 11.00 (15 minit) Rehat dan makan pagi
11.00 – 12.00 (1 jam) Mengenali Pasangan dan Tips Bekerjasama
12.00 – 13.30 (1.5 jam) Meneguh Nilai Cinta
13.30 – Cabutan bertuah, sesi bergambar dan bersurai
ADA LAGI!! HADIAH UNTUK ANDA BAWA PULANG
1. Cabutan bertuah 5 buah buku edisi ke-2 Pak Utih kepada peserta yg bernasib baik (Terima kasih Pak Utih).
2. Baucer RM50 kepada peserta-peserta wanita daripada Bidasari SPA (terima kasih Puan Rafidah Musa).... See more... See more
3. Hadiah cabutan bertuah dariapada Prudential Takaful.
Pelaburan Kita
• RM55 seorang
• Early Bird RM50 (pembayaran sebelum 25 April 2010)
Bayaran boleh dilakukan ke akaun Maybank
No akaun: 162106958791
Asniza Kamarulzaman
Untuk pendaftaran email kepada:
Pentadbir Ratuhati.com:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Nyatakan:
Nama (suami dan/atau isteri)
Status perkahwinan:
Email:
Nombor telefon:
Untuk pertanyaan, boleh email kepada:
Pentadbir Ratuhati.com:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Norlaili Salleh:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Klik kanan untuk saiz besar.


