Sebaliknya, suami yang jarang berada di rumah, perangainya menjadi garang, panas baran dan kuat keinginan seksnya.
Oleh itu, elok diimbangi keperluan seorang lelaki yang bernama suami ini. Tak sesuai pula kalau setiap hari suami berada di rumah mengemas, memasak, melipat kain, menyapu... nanti hilang kejantanannya pula.
1. Kalau dia rajin membantu kerja rumah, benarkan dia seminggu sekali lepak-lepak dengan kawan-kawannya selepas kerja. Lepak yang paling positif ialah di masjid atau surau dengan aktiviiti kemasyarakatan mereka. Ini menguatkan lagi sifat tanggungjawabnya terhadap keluarganya dan masyarakatnya. Itulah peranan seorang lelaki. Qawamun 'ala Nisa'.
2. Bagi suami yang tak pandai nak membantu, mulakan dengan kerja-kerja teknikal yang bertaraf maskulin seperti baiki paip bocor, tukar lampu, cat dinding, angkat barang berat, Syaratnya pujuk secara meminta bantuan bukan MENGARAH atau MENYURUH.
Selepas dia buat kerja itu, ucap terima kasih dan beri dia "hadiah" pada malamnya.
3. Setiap kali suami pulang ke rumah, Ucapkan, "Abang dah pulang.. best ... beri semangat dan kuat tenaga saya menguruskan rumah abang ini". Pak Utih jamin, tanpa disuruh, dia akan bersama mengemas rumah anda. INGAT !, jangan SURUH tapi minta pertolongan dengan sekali ungkapan sahaja.
Selamat mencuba
wassalam
Pak Utih
Dah daftar Bengkel Mahligai Kasih pada 9 Mei di Hotel Adamson KL? Jumpa di sana bersama pasangan tercinta anda..
Sumber: Jawapan Pak Utih di Forum Ratuhati.com, Adakah suami rajin menolong kerja rumah?


