Tuesday, 07 June 2011 00:59

Lelaki dan Wanita: Tekanan Beri Kesan Berbeza Terhadap Cara Membuat Keputusan Berisiko Featured

Written by  Ratuhati.com
Rate this item
(2 votes)

Ketika sedang mengalami tekanan, lelaki dan wanita memberikan tindakbalas berbeza dalam membuat keputusan yang berisiko. Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Oxford University Press ini, lelaki akan bertindak lebih pantas, manakala wanita akan lebih berhati-hati.

Lelaki dan wanita juga mempunyai bentuk aktiviti otak yang berbeza semasa membuat keputusan dalam keadaan stres. Dalam keadaan biasa, bentuk aktiviti otak kedua-dua lelaki dan perempuan adalah seakan sama. Oleh itu, lelaki dan perempuan yang menghadapi cabaran membuat keputusan yang sukar, mungkin boleh mendekatkan jurang komunikasi dengan menunggu sehingga tekanan reda. "Anda patut berhati-hati dengan cara anda yang berat sebelah dalam membuat keputusan." kata Nichole Lighthall, seorang pelajar kedoktoran.

Berdasarkan kajian ini, lelaki dan wanita memang saling melengkapi. Lelaki membuat keputusan yang menguntungkan dalam jangka masa pendek seperti keputusan berkaitan pasaran saham. Perempuan pula memikirkan tentang jangka masa panjang seperti perancangan kesihatan atau persaraan. Ia juga mungkin boleh menunjukkan tekanan ada implikasi terhadap kehidupan sehari dan perhubungan.

Bagi lelaki yang sedang stres, bermain permainan mengambil-risiko merangsang kawasan otak yang sama dengan kawasan yang aktif jika mereka menerima ganjaran, rasa puas dan ketagih. Kajian yang sama menunjukkan aktiviti otak di kawasan yang sama pada wanita adalah berkurangan ketika mereka stres. "Nampaknya wanita tidak merasakan terdorong untuk mendapatkan ganjaran ketika tertekan." kata Lighthall.

Dalam ujikaji ini, peserta diminta untuk mengisi udara ke dalam belon simulasi komputer sebanyak-banyaknya tanpa memecahkan belon tersebut. Subjek diberi ganjaran wang berdasarkan pencapaian mereka. Didapati, lelaki mendapat lebih banyak wang semasa tertekan. Walaupun begitu, Lighthall berpendapat, apa yang lebih penting adalah, sesuatu keputusan penting yang dibuat dalam keadaan stres perlu melibatkan kedua-dua lelaki dan wanita kerana perspektif mereka adalah berbeza. Lebih berhati-hati dan ambil masa untuk membuat keputusan penting selalunya adalah pilihan yang baik.

 

When Stressed, Men Charge Ahead, Women More Careful, Study Finds
ScienceDaily (June 4, 2011)

Last modified on Tuesday, 07 June 2011 01:01
Login to post comments
You are here