Suami Isteri
Suami Isteri

Suami Isteri (24)

Saturday, 23 January 2010 11:56

Ups! Terjumpa Ex-boyfriend

Written by Syakira Murni

Saya tahu, semenjak masing-masing sibuk bersosial dan mencari kawan-kawan lama di facebook, pasti ada yang terserempak (atau buat-buat terserempak?) dengan bekas kekasih lama kan? Bukan sekali, tapi sudah banyak kali saya terbaca dalam majalah, atau suratkhabar kisah rumahtangga yang berantakan lantaran isteri/suami berjumpa semula kekasih lama dalam facebook.

Add a comment
Sunday, 13 September 2009 03:12

Apakah Suami Ada Kuasa Mutlak?

Written by Ratuhati.com

Apabila seseorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan, maka perempuan tersebut sudah berada dibawah tanggungannya. Perempuan yang merupakan isterinya itu pula, hendaklah meletakkan ketaatan terhadap suaminya melebih dari ibu dan bapanya.

Add a comment
Wednesday, 04 February 2009 11:37

Minyak Zaitun Bukan Pelincir Ketika Bersama

Written by Penulis

Minyak Zaitun memang baik untuk kulit kerana ia mengandungi mineral dan zat ‘essential fattyacids’ yang baik untuk kulit.

Minyak hanya melekat kepada kulit dan sukar untuk menyerap, jadi ia hanya akan kekal sebagai lapisan bahan yang licin kepada kulit dan jika ia digunakan untuk tujuan bersetubuh, sudah tentu gerakan zakar dalam faraj mudah dan selesa.

Add a comment
Friday, 14 November 2008 22:08

Bencana Kejahilan Intimasi Suami Isteri

Written by Penulis

“Cuba ustaz fikir, semasa isteri saya mengandung, kami tidak berhubungan sehingga 7 bulan!” keluh seorang lelaki kepada saya.

“Berat tu. Macam-macam benda boleh jadi,” saya menjawab.

“Ya. Separuh gila saya dibuatnya,” katanya lagi.

Add a comment
Wednesday, 29 October 2008 10:17

Pikat Suami, Pakailah Baju Merah

Written by Penulis
Warna merah cenderung dikaitkan dengan perasaan cinta yang membara, begitu juga sambutan Hari Kekasih dan beberapa upacara ritual seperti masyarakat India yang memilih warna merah sebagai busana pengantin mereka.

Setelah melakukan lima ujikaji psikologi, seorang professor dan pelajar psikologi mendapati bahawa pakaian warna merah membuatkan seseorang lelaki rasa lebih tertarik kepada wanita tersebut berbanding warna-warna lain. Lelaki ini juga tidak perasan yang warna merah itu yang memainkan peranan dalam 'penggodaan' tersebut.

- Red Enhances Men's Attraction To Women, Psychological Study Reveals, ScienceDaily (Oct. 28, 2008)

Add a comment
Saturday, 18 October 2008 22:51

Makanan yang Membantu Hubungan Intim (Suami Isteri)

Written by Penulis

Makanan juga boleh mempengaruhi mood anda untuk hubungan intim.

Yang merosakkan mood, bawang merah, bawang putih dan durian.

Makanan yang membantu hubungan intim pula adalah:

* Lean foods seperti ikan bakar dan dada ayam kerana ia tidak menjadikan anda berasa “berat”.
* Coklat. Coklat melepaskan hormon endomorphins, giving you that feel good feeling.
* Buah-buahan mempunyai sifat segar dan sihat that can help couples get in the mood.
* Lain-lain makanan seperti madu dan stroberi mempunyai nilai seks yang errrrr…..sememangnya

- Kevin Zahri, Pakar Pemakanan dalam Panduan Kesihatan Seksual (Sexual Health Guide), kevinzahri.com

Add a comment

Godaan memang ada di mana-mana, cuma bagaimana cara anda mengawal diri mampu menyelamatkan rumahtangga anda. Kajian terbaru mendapati, golongan suami mudah melihat keburukan isteri bila jumpa perempuan lain. Golongan isteri pula sebaliknya lebih cenderung berusaha untuk mengukuhkan rumahtangga bila lelaki lain muncul.

Lelaki mungkin tidak sedar, perlakuan mereka mengusik gadis jelita sebenarnya mengundang masalah rumahtangga, tetapi sebaliknya bagi perempuan. Lelaki cuma boleh melawan godaan bila tertanam di fikiran mereka bahawa, usik-mengusik dengan perempuan lain memang boleh meruntuhkan rumahtangga mereka, ujar John E. Lydon, PhD, McGill University, Montreal.

- Men And Women Are Programmed Differently When It Comes To Temptation, ScienceDaily (15 July, 2008)

Add a comment
Thursday, 12 June 2008 09:01

Jari Lelaki dan Wanita Berbeza Ratio Kerana Hormon

Written by Penulis

Sesetengah saintis percaya ratio jari telunjuk dan jari manis anda boleh mendedahkan tentang perkembangan anda semasa dalam rahim ibu. Jumlah pendedahan bayi terhadap testeron dalam rahim dikatakan mempengaruhi pertumbuhan jari manis bayi. Teori ini mungkin menjelaskan kenapa jari manis lelaki lebih panjang daripada jari telunjuk mereka (Rationya adalah .96). Wanita pula secara puratanya mempunyai ratio ukuran jari jari telunjuk dan jari manis yang lebih atau sama, anggaraannya 1.00.
Ada juga bukti lain menunjukkan yang ratio jari kita dipengaruhi oleh jumlah abang yang kita ada. Menakjubkan bukan?

- Sumber bbc.co.uk

Add a comment
Thursday, 12 June 2008 08:39

Wanita Lebih Mudah Mencari Barang

Written by Penulis

Tahukah anda, wanita lebih mudah mencari barang-barang yang disimpan? Saintis mengatakan bahawa tahap estrogen mereka membuatkan mereka lebih peka terhadap persekitaran mereka dan mengesan sebarang perubahan.

Ini mungkin menerangkan kenapa wanita selalunya tahu di mana letaknya kunci kereta!

- bbc.uk

Add a comment
Saturday, 31 May 2008 08:52

Isteri, Suarakan Keinginanmu

Written by Penulis
Sebenarnya, kaum suami ini bukannya memilih sangat ataupun malas sangat di dalam bab penjagaan anak-anak ni. Pokoknya, kita sebagai isteri yang kena suarakan apa yang kita ingini. Kalau kita berkeras melakukan segalanya seorang diri sejak awal lagi dan apabila tiba satu peringkat dan ketika baru kita nak mintak pertolongan suami, itu yang timbul masalah. - Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie dalam Sejauh manakah ketaatan kepada suami.
Add a comment
Page 1 of 2
You are here