Membasuh tangan merupakan cara paling berkesan dan mudah untuk menghalang cirit-birit dan pneumonia, dua penyakit yang telah menyebabkan kematian lebih 3.5 juta kanak-kanak seluruh dunia? Membasuh tangan dengan betul turut membasmi jangkitan selsema, demam, sakit perut, hepatitis, SARS dan penyakit bawaan makanan yang lain.
Buat julung kalinya, 15 Oktober, 2008 diisytiharkan sebagai Hari Cuci Tangan Sedunia! Yaa, kempen ini dijalankan oleh PBB.
Basuh Tangan dengan BETUL:
- Basahkan tangan dengan air yang mengalir.
- Gunakan sabun. Gosok sehingga elok berbuih.
- Terus gosok selama 15 ke 20 saat pada keseluruhan bahagian tangan - tapak tangan, belakang tangan, jari, sehingga bahagian bawah kuku juga.
- Bilas dengan air mengalir.
- Keringkan tangan dengan tuala bersih, atau tisu, atau penghembus angin elektrik. (Tukar dengan kerap tuala lap tangan di rumah anda, terutamanya bila ada yang sakit.)
- Tutup pili dengan tuala (bukan dengan tangan anda yang sudah bersih).
Tidak perlu sabun anti-bakteria! Penggunaan anti-bakteria yang berpanjangan akan menjadikan bakteria immun dan sukar dibunuh. Cukup sekadar menggosok dan membasuh untuk menyahkan bakteria dari tangan anda. Jimatkan wang. Guna saja sabun biasa.
Jika tidak ada air dan sabun, gunakan pembersih tangan berasaskan alkohol - paling kurang, 60% alkohol. Alkohol dapat membunuh bakteria and virus dengan berkesan.
Cuci tangan dengan kerap. Makin kerap, makin kuranglah kuman yang anda sebarkan melalui sentuhan.

Sumber: http://www.healthstatus.com/health_blog/2008/10/28/your-health-is-in-your-hands-hand-washing/
Terjemah: Naim Jalil
Basuh tangan anda, sahabatku! Terutamanya jika anda seorang wanita kerana... tahukah anda, tangan wanita mempunyai lebih banyak jenis bakteria berbanding dengan jenis bakteria yang terdapat di tangan lelaki?
