Friday, 05 September 2008 09:15

Setiap Orang Punya Kelebihannya Sendiri, Begitu Juga Anda

Written by  Penulis
Rate this item
(0 votes)

"Kalau kamu membandingkan diri kamu dengan orang lain maka kamu telah menghina diri kamu". Saya pun termenung. Memang apa yang dikatakan adalah betul iaitu Allah itu maha Adil lagi Saksama, Allah jadikan manusia in tiada bezanya, kita sama hebat tetapi kita tidak serupa.
                       
Jadi di situ kita kena ingatkan diri kita bahawa jangan kita merendah-rendahkan diri, rendah diri itu satu sifat yang baik. Tetapi merendah-rendahkan diri itu menjadi satu kekangan ataupun kelemahan. Jadi macam mana kita nak jadi kaya, kita kena tengok yang pertama....
                       
Di mana kehebatan kita iaitu bakat-bakat kita, semua orang ada bakat-bakat yang tersendiri. bakat ini adalah di mana dia mudah belajar, dia minat, keghairahan atau dia seronok. Contohnya orang ada bakat main gitar, sekali belajar sahaja dah boleh petik dan main lagu. Sebaliknya sekiranya orang yang tiada bakat atau 'tangan bangku', janganlah cuba nak main gitar atau 'bongo' sekalipun, memang susah. Bakat inilah yang akan mendorong atau membantu untuk kita mudah mencapai kejayaan dengan cemerlang.

- Dr Fadzillah Kamsah dalamtemubual bersama Irfan Khairi dalam bukunya Mentor Jutawan

Last modified on Friday, 05 September 2008 10:03
Login to post comments
You are here