Thursday, 31 March 2011 01:33

Tidurlah dan Berehatlah untuk Turunkan Berat Badan

Written by  Ratuhati.com
Rate this item
(0 votes)

Mengikut kajian yang dijalankan oleh National Institutes of Health's National Center for Complementary and Alternative Medicine di Amerika Syarikat, tidur secukupnya dan tahap stres yang rendah boleh buatkan anda lebih kurus.

"Ada orang yang hanya perlu mengurangkan aktiviti harian mereka dan masuk tidur lebih awal. Ada juga yang merasakan dengan bersenam, mereka dapat mengawal stres mereka dan ini membantu mereka untuk tidur. Bagi sesetengah orang pula, teknik meditasi mungkin membantu."

Kajian ini melibatkan dua fasa. Fasa pertama, peserta dikehendaki mengurangkan sebanyak 10 paun berat badan mereka dalam masa 6 bulan. Jika mereka berjaya, mereka akan menjalanui fasa kedua yang lebih panjang melibatkan teknik acupressure.

Semasa fasa pertama, semua peserta dikehendaki menghadiri perjumpaan mingguan di mana mereka akan ditimbang dan dinasihatkan untuk mengurangkan 500 kalori daripada menu mereka sehari. Mereka juga diminta mengamalkan pemakanan rendah lemak, rendah gula dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Aktiviti fizikal pula hendaklah ditingkat kepada 180 minit seminggu, dan semua menu makanan hendaklah direkod. Mereka yang lebih berdisiplin merekod menu makanan harian mereka dan kerap menghadiri perjumpaan didapati hilang lebih banyak berat badan. Peserta kajian juga diminta untuk melaporkan tahap insomnia, stres dan tekanan, serta berapa lama mereka tidur.

Peserta dengan tahap stres yang rendah yang juga tidur 6-8 jam sehari, lebih peluang untuk hilang sekurang-kurangnya 10 paun berat badan mereka.

Sumber: Moderate Sleep and Less Stress May Help With Weight Loss, Science Daily

Last modified on Friday, 10 June 2011 03:04
Login to post comments
You are here