Thursday, 02 June 2011 09:22

Mengurangkan Risiko Kanser yang Disebabkan oleh Penggunaan Telefon Bimbit

Written by 
Rate this item
(0 votes)

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) akhirnya mengaitkan telefon bimbit dengan meningkatnya risiko barah.  Kajian sebelum ini mengatakan bahawa dengan hanya setengah jam penggunaan telefon bimbit menyebabkan 40 peratus lebih risiko barah otak. Banyak kajian lain yang mengaitkan telefon bimbit dengan pelbagai masalah, termasuklah kajian yang mengatakan bahawa wanita hamil yang kerap menggunakan telefon bimbit menyebabkan risiko bayi mereka nanti menghadapi masalah tingkah laku.

Pihak industri telefon bimbit kemudiannya telah menafikannya, dan mengatakan telefon bimbit adalah selamat digunakan.

 

 

Apa pun, sebagai pengguna kita mestilah mengambil langkah berjaga-jaga dalam penggunaan apa-apa alatan yang berisiko mengakibatkan radiasi seperti telefon bimbit ini.

TIDAK MENGAPA...

  1. Letak telefon bimbit dalam beg lebih elok daripada letak di dalam poket atau bersentuhan dengan badan. Satu kajian mengatakan lelaki yang menyimpan telefon bimbitnya di dalam poket seluar berisiko mengurangkan kuantiti sperma mereka kepada 30%.
  2. Hantar mesej teks atau email jika boleh.
  3. Gunakan headset tanpa wayar atau speaker. Kedudukan telefon bimbit 20cm dari badan mengurangkan risiko radiasi kepada 98 peratus.
  4. Duduk diam-diam ketika menggunakannya. Jika anda menggunakannya ketika berjalan atau di dalam kenderaan yang bergerak, telefon anda memerlukan lebih radiasi untuk mengikuti anda.
  5. Jauhkan telefon dari anda selepas mendail. Lihat skrin untuk melihat sama ada ia telah disambungkan atau diangkat. Kebanyakan radiasi berlaku semasa ia cuba untuk membuat sambungan.
  6. Tidak perlu yang canggih. Kurangkan fungsi telefon berdasarkan apa yang anda guna. Lebih canggih telefon anda, lebih kuasa diperlukannya untuk menyelesaikan sesuatu kerja.

JANGAN!

  1. Bercakap berjam-jam. Lebih lama anda bercakap, lebih tinggi dos radiasi yang diserap oleh otak. Panggilan 2 minit sahaja pun didapati mengubah aktiviti elektrikal semulajadi otak kita.
  2. Menggunakan headset berwayar, yang biasanya datang dengan telefon bimbit anda. Wayar ini akan menyebabkan radiasi bertambah dan terus masuk ke liang telinga.
  3. Membenarkan anak-anak anda menggunakan telefon bimbit tanpa had. Otak yang masih muda mempunyai tengkorak yang lebih nipis dan mudah terjejas dengan radiasi.
  4. Jangan membuat panggilan ketika kekuatan isyarat adalah satu bar atau kurang. Telefon itu perlu bekerja lebih keras untuk membuat sambungan.
  5. Menggunakan telefon bimbit berdekatan dengan logam. Ia akan menggunakan lebih kuasa untuk membuat sambungan. Logam itu juga bertindak sebagai sangkar Faraday yang memerangkap radiasi dan membalikkannya kepada


Baca selanjutnya di: DailyMail

Read 2545 times Last modified on Thursday, 02 June 2011 09:56
Login to post comments