Ramai mengakui yang mereka tidak sedar kosmetik boleh luput tarikh, tambahan lagi kesan kerosakan kosmetik itu tidak nampak secara nyata. Ini berbeza dengan makanan yang rosak dan tercemar mudah dikesan dengan rupa, bau dan rasanya.
Kesedaran Tentang Kepenggunaan
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Opinium Research LLP:
- 3/4 wanita tidak tahu isi kandungan mekap mereka
- 15% wanita tidak tahu yang produk kecantikan mempunyai tarikh luput
- Separuh daripada pengguna kosmetik tidak menyemak tarikh luput produk
- 1/3 wanita menyemak tarikhnya, tetapi tidak mengikutinya
- 2/5 wanita tidak tahu yang kosmetik yang sudah luput tarikh membahayakan kesihatan
- 2/3 wanita tahu mengenai ini tetapi mereka tetap menggunakan produk telah melebihi tarikh luput
Antara kesan produk luput tarikh ini terhadap kesihatan adalah jangkitan mata, impetigo dan masalah kulit. Ini berbeza dengan tanggapan yang mengatakan bahawa kosmetik luput tarikh hanya kurang berkesan sedangkan ia sebenarnya berbahaya.
"Jika sesuatu produk telah rosak, ia mungkin kelihatan berlainan daripada rupa asalnya. Sebagai contoh, produk itu mungkin terpisah kepada beberapa lapisan, bertukar warna, mempunyai bau yang tidak menyenangkan, dan lebih teruk lagi jika nampak secara nyata kesan pertumbuhan bakteria atau fungus." Kata Dr Emma Meredith dari Cosmetic Toiletry and Perfumery Association.
Meningkatkan Jangka Hayat Kosmetik
- Pastikan ia ditutup rapat ketika tidak digunakan.
- Simpan di tempat yang dingin dan kering.
- Elakkan mencemarkannya dengan membasuh tangan sebelum memakai produk.
- Jauhkan daripada sinaran terus matahari.
- Jangan berkongsi mekap dengan orang lain.
- Pastikan juga beg mekap adalah bersih dan terjaga.
- Span mekap juga antara yang mudah tercemar jika ia terlalu lama dan tidak dibasuh. Tukar selepas beberapa bulan digunakan.
Sebab Utama Produk Luput Tarikh Masih Tetap Digunakan
- 65% Saya akan terus gunakannya sehingga habis .
- 37% Saya tidak mampu membeli yang baru.
- 16% Suka sangat yang ini. Tidak mahu yang lain.
- 16% Saya rasa guna-sebelum itu mengelirukan.
- 12% Saya setia dengan produk yang saya biasa.
Jangka Hayat Kosmetik
dan realitinya... berapa lama ianya biasa disimpan/ digunakan.

Glosari
impetigo: Keradangan yang akut dan senang berjangkit pada kulit, yang dicirikan dengan pustul dan keruping akibat jangkitan streptokokus atau stafilokokus.
Rujukan
[1] The Danger Of Being Beautiful
[2] Out-of-date make-up might be doing you more harm than good.
Kajian terbaru di London menunjukkan bahawa menggunakan kosmetik luput tarikh boleh mengancam kesihatan wanita. Selepas ia dibuka atau digunakan, produk ini boleh dicemarkan dengan organisma makro - bakteria, yis dan fungus yang berada pada kulit kita atau di udara. Produk yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti krim, pelembap dan maskara adalah yang paling sensitif dan mudah rosak.

