Kesihatan (36)
Warga Kota Lebih Kerap Menghidap Keresahan, Depresi dan Skizofrenia
Written by naimjalil
DESA ATAU KOTA?
Tinggal di desa lebih bagus! Hutan batu hanya membuatkan anda lebih cenderung mengalami tekanan dan depresi. Haa... itulah kata para saintis, dan kita yang tinggal di kota ini pun, sudah lama tahu.
Para penyelidik mendapati, bahagian otak yang menguruskan hel-ehwal emosi dan perasaan, sangat mudah terkesan oleh persekitaran yang sesak. Penemuan ini membantu menjelaskan, mengapa penduduk bandar lebih kerap menghidap keresahan, depresi dan skizofrenia.
| Add a comment |
Buang Habuk, Mop Lantai untuk Elak Kimia Bertoksid daripada Kanak-kanak dan Ibu Hamil
Written by Ratuhati.com
Kajian oleh saintis dari Simon Fraser University di Kanada menunjukkan bahawa membuang habuk yang berada di dalam rumah merupakan cara terbaik untuk mengelakkan kanak-kanak terdedah kepada bahan kimia berbahaya di rumah. Habuk di rumah merupakan sumber utama pendedahan kepada bahan kimia bertoksik termasuk plumbum yang berbahaya untuk perkembangan otak. Ia juga dikaitkan dengan masalah pembelajaran dan tingkah laku, asma, kanser dan kecacatan semasa lahir.
| Add a comment |
Mengurangkan Risiko Kanser yang Disebabkan oleh Penggunaan Telefon Bimbit
Written by Ratuhati.com
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) akhirnya mengaitkan telefon bimbit dengan meningkatnya risiko barah. Kajian sebelum ini mengatakan bahawa dengan hanya setengah jam penggunaan telefon bimbit menyebabkan 40 peratus lebih risiko barah otak. Banyak kajian lain yang mengaitkan telefon bimbit dengan pelbagai masalah, termasuklah kajian yang mengatakan bahawa wanita hamil yang kerap menggunakan telefon bimbit menyebabkan risiko bayi mereka nanti menghadapi masalah tingkah laku.
Pihak industri telefon bimbit kemudiannya telah menafikannya, dan mengatakan telefon bimbit adalah selamat digunakan.
| Add a comment |
Senggugut Semasa Haid - Panduan Mengurangkan Kesakitannya
Written by Ratuhati.com
Haid atau menstruasi adalah keluarnya darah dari vagina kerana luruhnya lapisan dinding rahim yang banyak mengandungi pembuluh darah. Kebanyakan senggugut berlaku apabila lapisan dinding rahim ini runtuh.
Ramai daripada kaum wanita merasa tidak selesa semasa tempoh ini, dan lebih separuh daripada mereka mengalami kesakitan untuk satu atau dua hari setiap bulan. Inilah punca nombor satu wanita tidak hadir ke sekolah dan tempat kerja mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan di Amerika Syarikat.
| Add a comment |
Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah, di samping dapat membantu orang lain. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
“Selain itu, penderma darah boleh berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.
- Pakar Patologi Pusat Darah Negara (PDN), Dr Norris Naim
dalam artikel Derma Darah Sihatkan Badan
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Harian Metro
Ikuti perbincangan di forum mengenai Derma Darah
| Add a comment |
Cara semulajadi untuk merawat keputihan ini yang saya tahu ialah makan yougurt (yang ada live culture/ kultur hidup) setiap pagi.. Cuci bahagian sulit setiap kali buang air dan lap dari faraj ke dubur. Pakai seluar dalam 100% kapas sahaja. Kalau di rumah atau masa tidur tu cuba tak payah pakai seluar dalam sebab pengudaraan juga penting agar alat sulit kita tidak 'lembap' yang akan mengaktifkan pembiakan bakteria. Elakkan makan makanan yang mengandungi yis seperti roti. Jangan pakai sebarang pad/ pantyliner yang berharuman (pakai yang non-scented sahaja).
BooBoo dalam Masalah Keputihan
| Add a comment |
Kebiasaannya salur reproduktif wanita mengandungi kuman pelindung yang dikenali sebagai Doderlin Bacillus. Ia menghasilkan asid laktik yang menjadikan faraj berasid dan tidak sesuai untuk kuman atau kulat dari luar. Bagaimanapun, kawalan kuman semula jadi faraj boleh menghilang disebabkan penggunaan bahan membersih yang bertindak secara langsung membunuh kuman semula jadi dalam faraj. Kadang-kala mengambil antibiotik untuk jangka masa yang panjang juga akan membunuh kuman semula jadi. Dalam situasi ini kuman dan kulat mudah membiak dan memberi kesan negatif kepada pesakit. - Dr Ismail Thambi, Jangkitan kuman punca keputihan berlebihan, Berita Minggu, 6 Mac 2005
| Add a comment |
Antara cara untuk menjaga dan mencegah penyakit buah pinggang adalah dengan mengawal tekanan darah, mengawal diabetes, gaya hidup sihat (pemakanan dan senaman), berhenti merokok, menjaga berat badan, minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari dan mengelakkan mengambil ubat yang boleh merosakkan buah pinggang seperti ubat penahan sakit tertentu. Buah pinggang bukan sahaja berfungsi menapis dan membuang toksin dan air berlebihan di dalam badan malahan penting dalam menghasilkan hormon-hormon tertentu untuk membuah sel darah, mengawal tekanan darah dan mengekalkan tulang yang kuat. - Datuk Dr. Rozina Ghazalli, Ketua Perkhidmatan Nefrologi, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Pulau Pinang dalam Jangan Ambil Ringan, Utusan Malaysia
| Add a comment |
| Add a comment |
| Add a comment |

