Error
  • JUser::_load: Unable to load user with id: 69
Berat Ideal
Berat Ideal

Berat Ideal (13)

Mengurangkan pengambilan karbohidrat boleh melenyapkan lemak-lemak yang melekat di sekeliling pinggang, walaupun berat badan mungkin tidak berkurang. Ini penemuan terbaru!

Apabila disertai dengan penurunan berat badan, amalan diet rendah karbohidrat juga berjaya membantu menurunkan kandungan lemak badan secara keseluruhan, kata Barbara Gower, PhD, profesor sains nutrisi di Universiti Alabama, Birmingham.

Add a comment

Mengikut kajian yang dijalankan oleh National Institutes of Health's National Center for Complementary and Alternative Medicine di Amerika Syarikat, tidur secukupnya dan tahap stres yang rendah boleh buatkan anda lebih kurus.

Add a comment

Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya,ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Encik Ahmad, urutdanrawat

Sila cuba, dan beritahu hasilnya :-)

Add a comment
Saturday, 15 November 2008 02:37

Melangsingkan Badan Cara Mudah dan Murah

Written by Penulis

Dilanda sindrom3G? Cuba petua ini untuk melangsingkan badan. Ia cara yang mudah dan murah. Apa yang anda perlukan ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum. Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan akan beransur langsing dan menarik.

seri2008, Kempiskan perut dlm masa sebulan, forum susuibu.com

Re:
Tambahan, utk hilangkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu, blh tgk kesannya.

seri2008, forum susuibu.com

Add a comment
Saturday, 15 November 2008 02:29

Petua Kempiskan Perut Dalam Masa Sebulan

Written by Penulis
Perut yang buncit boleh dikempiskan dalam masa sebulan. Petuanya, minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain. Selepas itu, bersihkan perut dgn air suam untuk buka liang-liang roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sirih. Kemudian, balut perut dengan bengkung avon yang simple tu. Buat tiap-tiap hari (sama ada siang atau mlm), paling cantik kalau baru bersalin (belum sampai 6 bulan) sebab perut tengah lembut.
- mamarocks, dalam forum susuibu.com
Add a comment
Wednesday, 30 April 2008 06:11

Pengambilan Kalori

Written by Penulis

Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup. Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat. Jumlah kalori yang diperlukan kita bergantung kepada jantina, umu dan gaya hidup seseorang itu.

 

Add a comment
Sunday, 06 April 2008 23:23

Pinggang Jangan Lebih 32 inci

Written by Penulis

Kegemukan akan datang bersama ‘rakannya’ seperti peningkatan tekanan darah serta paras gula dan kolesterol yang secara tidak langsung mendekatkan kita kepada penyakit jantung atau strok.  Sindrom ini berlaku pada individu yang ukuran pinggangnya melebihi 90 sentimeter (36 inci) bagi lelaki dan 80 sentimeter (32 inci) bagi wanita, tekanan darah melebihi 130/85 mmHg, paras glukos melebihi 5.6 mmol/liter serta paras kolesterol tinggi melebihi 5.2 mmol/liter. - Jaga Lilit Pinggang, Harian Metro

Add a comment
Friday, 04 April 2008 03:21

Malas Bersenam?

Written by Penulis
Jika anda suka tengok tv dan malas bersenam, cuba petua ini. Semasa iklan, amalkan senaman seperti sit-up (bangkit tubi) untuk membentuk perut atau berbaring, dan angkat kaki anda tegak (boleh juga 45 darjah) dan tahan selama kiraan 20. Ulang. Jika anda  menonton tv selama 1 jam, bayangkan sudah berapa kalori yang anda bakar.
Add a comment
Tuesday, 22 July 2008 00:00

Kurangkan Berat Badan dengan Cuka Cedar Epal

Written by Penulis
Cuka cedar epal boleh digunakan untuk mengurangkan berat badan. Campurkan 2 sudu cuka cedar epal dengan secawan air, dan minum sebelum makan. Ada juga pakar pemakanan yang mencadangkan menggabungkan vitamin B6, lesitin dan cuka cedar epal untuk kurangkan berat badan. Cuka cedar epal boleh dibeli di pasaraya atau farmasi.
Add a comment
Monday, 17 March 2008 16:01

Wanita Gempal Pilih Sifon

Written by Penulis

Bagi wanita berbadan gempal, dicadangkan memakai baju daripada kain sifon, sutera dan kain renda kerana ia mudah dibentuk. Elakkan sutera Thai, Sutera China Shantung dan songket. - Zann, Zann D Classic dalam Wanita XXL kena bijak pilih fabrik, Berita Harian

Add a comment
You are here