Petua Menguruskan Badan dan Mengurangkan Lemak dalam Badan
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya,ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
Encik Ahmad, urutdanrawat
Sila cuba, dan beritahu hasilnya :-)
| Add a comment |
Mengencangkan Perut Yang Kendur
Untuk mengencangkan perut yang kendur terutamanya wanita yang baru melahirkan anak, ambil kapur sirih, campurkan dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran kepada permukaan perut dan biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu. Boleh juga diamalkan semasa dalam pantang bersama barut. | Add a comment |
Nasi Lemak Tak Semuanya Tak Sihat
| Add a comment |
Berat Badan Pengaruhi Kesuburan dan Kitaran Haid
Berat badan memainkan peranan penting dalam menentukan bila dan bagaimana waktu subur dan haid. Ini kerana sel lemak dalam badan melepaskan estrogen, yang penting untuk kesuburan dan haid. Untuk memastikan kitaran haid tetap, kebanyakan wanita memerlukan sekurang-kurangnya 17%-22% lemak dalam badan.
- Kurang berat badan: Anda mungkin alami haid tidak tetap atau mungkin juga ketiadaan haid (amenorrhea). Pastikan anda makan makanan berkhasiat dan mendapatkan berat badan ideal supaya lemak dalam badan anda dapat menghasilkan estrogen.
- Lebih berat badan: Anda juga mungkin alami kitaran haid tidak tetap jika terlebih lemak dalam badan anda. Estrogen yang berlebihan mengganggu proses kesuburan dan haid.
- Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor untuk kedua-dua masalah (terlalu kurus, terlalu gemuk) ini.
| Add a comment |

