Displaying items by tag: buah
Wednesday, 20 April 2011 18:45

Topeng Labu untuk Kulit Sensitif

Buang kulit labu dan rebus hingga empuk. Tunggu ia sejuk kemudian kisar dengan 1/2 sudu teh madu atau susu. Tambah 1/2 sudu teh gula perang jika kulit anda jenis kering atau 1/2 sudu teh cuka cedar epal jika kulit anda berminyak. Sapukan mask pada kulit muka dan elakkan bahagian mata dan mulut. Biarkan selama 10-15 minit sebelum membilasnya. Amalkan untuk kulit cerah dan licin.

Labu kaya dengan kandungan vitamin A, C dan Zink yang bagus untuk kulit sensitif. Vitamin dan pelembab dalam buah labu membantu mengurangkan kerosakan kulit.

Add a comment
Published in Petua Anggun
Thursday, 14 April 2011 18:39

Kulit Buah Delima Kering untuk Buasir

Makan buah delima dan kulitnya di keringkan. Selepas kering, rendamkan kulit buah delima tadi dalam air panas seperti merendam teh. Boleh maniskan dengan gula. Amalkan jika terkena buasir.

Add a comment
Published in Petua Kesihatan
Saturday, 09 April 2011 03:28

Jus Oren dan Madu Mengurangkan Mabuk Hamil

Minum segelas jus oren yang dibancuh dengan sesudu madu jika anda terasa mabuk hamil (morning sickness). Ia mungkin membantu.

Add a comment
Published in Petua Kesihatan
Saturday, 02 April 2011 13:59

Betik Melancarkan Aliran Haid

Betul melancarkan aliran darah haid. Makan semangkuk buah betik semasa datang haid. Namun begitu, awasi kuantitinya jika tidak mahu kerap ke tandas, kerana betik boleh memberi kesan seperti laksatif.

Add a comment
Published in Petua Kesihatan

Apabila anda batuk yang teruk jangan sekali-kali memakan buah anggur kerana batuknya akan menjadi semakin parah. Bagitu juga dengan buah mempelam/ mangga atau timun yang boleh menyebabkan batuk berterusan. Walaupun buah-buahan ini termasuk dalam kelompok sejuk tetapi ia tidak mengurangi masalah batuk. - Jawimedherb

Add a comment
Published in Petua Kesihatan
Page 2 of 2
You are here