Manusia boleh dibahagikan kepada dua jenis - mereka yang hidup untuk makan dan mereka yang makan untuk hidup. Kumpulan pertama amat menikmati makanan, kerap kali mereka menjadi pakar makanan dan sanggup merantau jauh semata-mata mencari hidangan terbaik. Kumpulan kedua, berpuas hati jika sajian mereka seimbang. Saya pasti golongan pertama akan berasa lega mendengar pemakanan sihat tidak akan memaksa mereka mengorbankan kenikmatan daripada makanan. - Dr Nordin Darus (
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
), Zat Seimbang Langkah Awal Proses Diet, Berita Harian| Add a comment |
Bagi pesakit diabetes, pengambilan jus noni (mengkudu) meningkatkan risiko untuk mendapat kesan kekurangan gula dalam badan (hipoglisemia). Oleh itu, pesakit perlu mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil jus ini. - PenawaRacun April '07, Pusat Racun Negara, USM
| Add a comment |
Kalsium adalah antara khasiat yang perlu didapati dalam makanan seharian kita... terutamanya untuk anak-anak kecil dan remaja anda, untuk wanita mengandung, wanita menyusukan bayi dan juga untuk wanita yang telah menopaus.... Jika anda atau anak anda mengalami masalah lactose intolerence atau anak anda tidak menggemari susu, anda masih boleh mendapatkan kalsium daripada sumber-sumber lain seperti....
| Add a comment |
Untuk mengencangkan perut yang kendur terutamanya wanita yang baru melahirkan anak, ambil kapur sirih, campurkan dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran kepada permukaan perut dan biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu. Boleh juga diamalkan semasa dalam pantang bersama barut. | Add a comment |
Selalunya apa ayat yang kita gunakan sekiranya kita mahu meminta pertolongan daripada orang lain? Atau kita ingin meminta dia buatkan sesuatu? Atau ingin mengetahui samada dia sudah melakukan apa yang kita minta? Kebanyakan dari kita termasuk saya sendiri, tanpa kita sedar, kita selalu mengucapkan dialog tanpa kita fikir kesan, kerana ianya sudah menjadi habit atau perlakuan kita sehari-hari.
| Add a comment |
Setelah lama saya tidak menulis mengenai komunikasi, kali ini saya ingin menyentuh mengenai cara memberi pujian kepada orang. Ini kerana kadang-kadang, dengan pujian kita itu mampu menaikkan semangat orang dan kadang-kadang boleh merosakkan hidup mereka juga.
Di dalam Islam, Sesungguhnya pujian semata-mata kerana Allah, dan untuk Allah jua.
| Add a comment |
Setiap Orang Punya Kelebihannya Sendiri, Begitu Juga Anda
Written by Penulis"Kalau kamu membandingkan diri kamu dengan orang lain maka kamu telah menghina diri kamu". Saya pun termenung. Memang apa yang dikatakan adalah betul iaitu Allah itu maha Adil lagi Saksama, Allah jadikan manusia in tiada bezanya, kita sama hebat tetapi kita tidak serupa.
Jadi di situ kita kena ingatkan diri kita bahawa jangan kita merendah-rendahkan diri, rendah diri itu satu sifat yang baik. Tetapi merendah-rendahkan diri itu menjadi satu kekangan ataupun kelemahan. Jadi macam mana kita nak jadi kaya, kita kena tengok yang pertama....
Di mana kehebatan kita iaitu bakat-bakat kita, semua orang ada bakat-bakat yang tersendiri. bakat ini adalah di mana dia mudah belajar, dia minat, keghairahan atau dia seronok. Contohnya orang ada bakat main gitar, sekali belajar sahaja dah boleh petik dan main lagu. Sebaliknya sekiranya orang yang tiada bakat atau 'tangan bangku', janganlah cuba nak main gitar atau 'bongo' sekalipun, memang susah. Bakat inilah yang akan mendorong atau membantu untuk kita mudah mencapai kejayaan dengan cemerlang.
- Dr Fadzillah Kamsah dalamtemubual bersama Irfan Khairi dalam bukunya Mentor Jutawan
| Add a comment |
Dr Fadzillah Kamsah mengulas kenapa wanita menangis, jenis-jenis tangisan dan sebagainya.
| Add a comment |
Tahniah kepada ibu-ibu yang ada usaha untuk menjana pendapatan dari rumah. Sebenarnya, perlu ada perancangan dari segi kewangan, emosi, keluarga dan sosial bila nak bekerja dari rumah ni. Kak Lily sendiri ambik masa dua tahun untuk planning baru mengambil langkah berhenti kerja.
| Add a comment |
Multivitamin adalah kombinasi vitamin dalam bentuk tablet, kapsul, cecair dan suntikan. Secara umum ia boleh membantu mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk meningkatkan nutrisi penting dalam tubuh.
Pengambilan multivitamin tidak menjadi sesuatu yang penting kepada mereka yang mengambil pemakanan seimbang. Apatah lagi di Malaysia, kita mewah dengan pelbagai pilihan makanan. Oleh itu, khasiat pemakanan yang cukup tidak sepatutnya menjadi masalah.
Secara saintifik, tubuh memerlukan vitamin untuk berfungsi secara sempurna, iaitu setiap satu daripada 13 vitamin asas seperti A, C, D, E, K dan B12. Kekurangan setiap satu vitamin asas ini mendedahkan tubuh kepada penyakit.
- Pakar Diet Kanan, Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, Farah Diba Khan dalam artikel Multivitamin sumber nutrisi tulisan Hafizah Iszahanid, Berita Harian| Add a comment |
| Add a comment |

