- Produk dan servis adalah halal dari sudut syariah dan undang-undang
- Produk dan servis adalah bersesuaian dengan Ratuhati.com
- Pengiklan hendaklah menyertakan maklumat diri dan/ atau syarikat untuk rekod Ratuhati.com
- Iklan akan disiarkan selepas bayaran lengkap diterima dan bukti pembayaran disertakan ke pihak Ratuhati.com
- Pengiklan yang diketahui menipu pembeli akan ditamatkan kontrak serta-merta. Bukti hendaklah disertakan.
- Bayaran iklan di forum adalah untuk satu topik sahaja. Jika mahu topik kedua atau lebih, bayaran lain dikenakan.
- Pihak Ratuhati.com berhak menamatkan kontrak pengiklanan sekiranya pihak anda melanggar peraturan syarat-syarat pengiklanan.
- Pihak Ratuhati.com tidak bertanggungjawab terhadap segala tuntutan perundangan, kerugian, dan perbelanjaan lain yang timbul akibat pengiklanan tersebut.
- Pihak Ratuhati.com boleh mengubah, menggantung atau meminda sebarang iklan yang dirasakan perlu, juga untuk menerima dan menolak sebarang pengiklanan.
- Pihak Ratuhati.com tidak mengamalkan sistem pulangan wang kepada pengiklan jika pengiklan merasakan melalui kaedah pengiklanan ini tidak sesuai dengan pelan pengiklanan pihak pengiklan
- Setelah pengiklan membuat pendaftaran, pengiklan secara langsung telah bersetuju dan patuh dengan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan atau yang sepertimana yang termaktub di atas.
- Kesemua bayaran adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan walau apa jua keadaan.
- Pihak Ratuhati.com akan mengeluarkan iklan anda selepas kontrak pengiklanan anda tamat. Ratuhati.com akan beranggapan bahawa pihak anda sudah tidak berminat untuk menyambung kontrak pengiklanan anda bersama kami jika tiada sebarang bayaran tambahan diterima untuk menyambung tempoh iklan.
- Pihak Ratuhati.com berhak meminda dan mengubah syarat yang ditetapkan tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Prosedur Pengiklanan di Forum Ratuhati
1) Buat bayaran (sila hubungi kami untuk jumlah dan bank)
http://ratuhati.com/hubungi-kami
2) Sahkan pembayaran
Email ke pentadbir [A] ratuhati.com
3) Sertakan butiran diri untuk rekod
Nama Peniaga:
No IC:
Alamat:
No telefon:
Website jika ada:
4) Naik taraf peniaga
Kami akan naik taraf username kepada peniaga.
5) Mula mengiklan.
Satu iklan di forum Iklan dan Produk.
Tarikh mula iklan dikira bermula sehari selepas bayaran.
Maksudnya kalau bayar 13 Julai, kami kira bermula 14 Julai.
6) Penyambungan iklan
Penyambungan iklan boleh dibuat sebelum tarikh iklan tamat.
Iklan akak dikunci selepas tamat tarikh jika pembayaran tidak dilakukan.
Iklan akan dihapuskan atau dimasukkan ke dalam archive selepas tempoh tertentu
Published in
Ratuhati
Tagged under
Ratuhati.com
Website: ratuhati.com/forumLatest from Ratuhati.com
Login to post comments

