Displaying items by tag: periuk
Monday, 06 June 2011 10:32
Soda Penaik Menghilangkan Kesan Hangus Periuk
Kesan hangus pada periuk atau kuali akibat makanan hangus agak sukar dihilangkan. Anda perlu menyentalnya. Cara lebih mudah dan juga ekonomi adalah dengan menggunakan soda penaik. Taburkan sedikit soda penaik ke permukaan periuk atau kuali yang hangus. Tambahkan air panas dan biarkan ia terendam semalaman. Kesan hangus itu akan tanggal lebih mudah. Cuci seperti biasa selepas itu.
Tip membeli: Beli soda penaik di kedai menjual barangan bakery. Ia dijual dalam pek besar dengan harga yang murah.
| Add a comment |
Published in
Petua Rumah/Dapur
Monday, 07 September 2009 15:04
Menanggalkan Kerak
Caranya, rebus kulit kentang di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebut selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya.
| Add a comment |
Published in
Petua Rumah/Dapur
Monday, 19 November 2007 02:28
Elakkan periuk atau kuali daripada hitam
Petuanya mudah sahaja. Sebelum memasak, sapukan sedikit minyak masak di bahagian luar dan dalam periuk/kuali anda. Walaupun menggunakan dapur kayu, periuk anda tidak perlu disental untuk membersihkannya.| Add a comment |
Published in
Petua Rumah/Dapur

