collapse collapse

* Ratuhati di Facebook

* Carian


* Profile

 
 
Welcome, Guest. Please login or register.

Author Topic: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)  (Read 206103 times)

Offline ude

  • Topaz
  • *
  • Posts: 12
  • Suka? +1/-0
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #150 on: January 03, 2012, 11:38:31 AM »
Takziah ude..saya faham perasaan awak..
harap awak tabah dengan ujian Allah ini..

terima kasih aulia
insyallah....ude makin sihat dan kuat
sekarang ni dah ada dekat rumah sendiri dan berpantang sendiri
tak dinafikan..kerinduan pada arwah datang menjengah
tipula kalau ude tak sedih
hubby ada ambik gambar arwah dan disimpan dalam phone dia
memang hubby tak nak tunjuk pada ude dan bila ditanya,dia kata dia tak simpan pun gambar arwah
tapi,kakak2 ude dah pecahkan rahsia
jadi,bila hubby leka..ude akan curi2 tengok gambar arwah
terubat sikit rindu....

Offline Ummi Najla

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 196
  • Suka? +2/-0
  • Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat. Amin.
    • ~Najla Batrisya Cinta Hati Kami~
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #151 on: March 24, 2012, 02:33:45 PM »
Assalam semua ibu-ibu di kelab baby IUD ni. Saya nak ucapkan terima kasih pada kak yana sebab invite saya join group ni. Tak perasan ada thread ni bila saya buat thread 'Bayi meninggal dunia'.

Cerita saya ini sudah 7 bulan berlalu. Tapi bila saya baca semua cerita-cerita di sini, hati saya sebak. Terus menangis. Ya Allah, betapa saya amat bersyukur kerana telah terpilih untuk menjadi ibu kepada ahli syurga, arwah Najla Batrisya dan teramat bersyukur bila berpeluang berkongsi kisah dengan semua ibu-ibu IUD yang sebilangannya sudah saya follow blog mereka.

Berikut adalah rentetan peristiwa yang berlaku 7 bulan lalu.

Puteri pertama saya telah kembali ke rahmatullah pd 24 Ogos 2011 iaitu pada hari ke-24 Ramadhan.

Kisah saya dan pengalaman ibu-ibu bayi IUD mungkin sedikit berbeza. Tapi kita berkongsi rasa kehilangan yang sama. Saya telah selamat melahirkan anak sulung yg dinanti selama setahun  pada 3/8/2011, pada pukul 1.02 pagi secara normal. Najla Batrisya nama diberi. Namun Najla dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pd 30 minggu kehamilan kerana preterm premature rupture of membranes atau pecah air ketuban pramatang dgn berat cuma 1.5kg.

Selama 5 hari Najla diletakkan dalam incubator dan disuntik antibiotik. Selama itu juga saya bekalkan Najla dengan EBM. Saya berulang-alik setiap hari ke hospital utk melihat Najla. Alhamdulillah pada hari ke-6, Najla sudah boleh tinggal di luar incubator dan tidak disuntik antibiotik lagi. Namun, Najla masih perlu tinggal di wad A3 (di HSA) kerana berat yang tidak mencukupi.

Pada hari ke-7,saya dihubungi pihak hospital memaklumkan anak saya telah diturunkan ke wad A2 dan saya dipinta utk tinggal bersama Najla utk belajar direct breast feeding. Selalunya bayi-bayi yang tidak cukup bulan tidak kuat dan tidak mahir utk menghisap sewaktu bf. Jadi kehadiran saya di situ amat perlu untuk Najla berlatih menyusu sebelum keluar hospital.

Sejak itu, saya tinggal bersama Najla dan saya sangat gembira dapat bersama Najla setiap hari. Saya gembira dapat peluk dan cium dia tiap saat. Saya gembira melihat Najla yang begitu aktif. Saya gembira melihat kenaikan berat Najla. Saya sangat gembira dan bahagia bersama Najla walaupun saya menguruskannya seorang diri dalam keadaan diri sendiri yg tidak berapa terjaga. Saya bahagia ketika itu. Suami saya juga terlalu teruja dengan kehadiran Najla yg dinanti-nanti selama ini. Tidak putus ucapan terima kasih yang keluar dari suami kerana telah melahirkan zuriatnya. Segala persiapan dari kamar tidur, peralatan mandi, alat permainan, pakaian-pakaian yang comel disediakan oleh suami sewaktu saya dan Najla di hospital.

Membayangkan segala persiapan itu, saya tidak berputus asa untuk membangunkan Najla setiap 3 jam untuk memastikan berat Najla sentiasa bertambah agar Najla lekas keluar. Ahli keluarga dan rakan-rakan juga tidak sabar untuk berjumpa si kecil Najla. Saya begitu teruja utk menyambut aidilfitri bersama Najla dan suami. Najla begitu menghiburkan hati kami. Walaupun saya tidak cukup tidur menjaga Najla di hospital, tapi perasaan saya cukup bahagia. Sangat bahagia sehingga masa yg berlalu tidak saya sedari.

Namun semua tu tiba-tiba berubah jadi satu peristiwa yang saya tak boleh lupakan sampai bila-bila. Pada hari ke-17, muka Najla beberapa kali bertukar biru untuk seketika. Susu yang diminum muntah beberapa kali. Saya rujuk pada MO yang ada dan doktor kata kemungkinan Najla tersedak susu. Namun semua tu jadi lebih dari apa yg disangka. Beberapa kali Najla berhenti bernafas. Naluri saya sebagai seorang ibu pasti ini bukan perkara normal. Bila doktor melakukan pemeriksaan, Najla tiba-tiba pengsan selama 2 minit! Keadaan jadi sangat kelam-kabut.

Najla dimasukkan ke wad NICU A4 selama 6 hari kerana jangkitan kuman yg menyerang paru-paru dan telah menyebabkan sistem pernafasan Najla terganggu. Di situ, Najla berbantukan ventilator untuk sentiasa bernafas. Pada hari ke-6 di NICU, kesihatan Najla bertambah baik. Penggunaan ventilator telah ditukar kepada penggunaan tiub oksigen. Namun semua itu tidak lama. Lebih kurang pukul 6.30 petang, 23/8/2011, Najla memandang saya dan menangis sekuat-kuatnya. Saya rasa tak sedap hati. Saya nampak di kerongkong Najla penuh susu. Najla muntah lagi! Saya jerit panggil staff nurse, kemudian mereka lakukan rutin biasa utk menyedut keluar susu yang tersekat. Hati saya berdebar. Kuat dalam hati saya mengatakan ada sesuatu yang tak kena. Selepas susu disedut keluar, saya tak tinggalkan Najla. Saya tak sedap hati. Betul telahan saya. 5 minit selepas itu bacaan oksigen Najla jatuh secara drastik dari 96% ke 17%! Saya panik dan saya jerit sekali lagi panggil staff nurse. Keadaan jadi kelam kabut. Najla segera dibantu dengan ventilator semula. Namun, mesin yang begitu canggih itu tidak dapat membantu pernafasan Najla ketika itu. Saya faham melalui pemerhatian saya dari ruang cermin apabila beberapa staff nurse di situ memeriksa pernafasan Najla menggunakan steteskop. Paru-paru Najla tidak mengembang!

2 orang HO datang, tapi mereka tiada kepakaran dengan keadaan Najla. Seorang staff nurse bergegas menghubungi MO dan memaklumkan keadaan Najla. Saya berdoa agar MO segera datang. Saya tak nak kehilangan Najla ketika itu. Lebih kurang pukul 7.45 malam, MO datang diikuti doktor pakar. Saya dapat lihat doktor melakukan CPR untuk jantung Najla kembali berdegup kerana bacaan jantung Najla di mesin, drop hingga bawah 20 dengan bunyi amaran yg begitu kuat. Ya Allah! Suami terus solat hajat. Saya hampir jatuh terkulai tapi saya tetap terus berdoa. Saya hubungi semua ahli keluarga dan rakan-rakan. Saya juga turut segera publish di fb minta rakan-rakan mendoakan. Alhamdulillah mereka terus berdoa, ada yang berjemaah buat solat hajat, bacakan yassin, rakan-rakan di fb juga ada yang publish di wall masing-masing minta mendoakan anak saya. Begitu ramai yg mendoakan kesejahteraan anak saya ketika Najla sedang kritikal.

Bantuan yg diberikan oleh doktor berlarutan sehingga 3 jam lamanya. Hancur luluh hati saya bila melihat Najla dicucuk-cucuk hingga lebam setiap penjuru tubuh kecil itu. Tilam Najla penuh dengan darah kesan tusukan jarum untuk memasukkan pelbagai ubat dengan dos maksimum. Hinggakan suatu ketika yg amat kritikal, salur darah Najla sukar untuk ditemui, doktor terpaksa mencari salur darah di kepala Najla. Najla terus bertarung nyawa. Saya dan suami bertarung air mata dan tidak putus-putus berdoa kepada-Nya. Pukul 10.30 malam, keadaan Najla kembali stabil dan Najla begitu aktif. Aktif seperti hari-hari sebelum dimasukkan ke NICU. Mata Najla terbuka  luas dan Najla tersenyum bila saya berdiri di sisi. Najla terus melihat-lihat sekeliling dan memandang ke arah family saya yang hadir. Pertama kali Najla memandang dengan wajah yang begitu menggembirakan dan melegakan hati semua orang. Begitu comel dan wajah terakhir itu tidak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila.

Saya terus merujuk kepada doktor pakar tentang keadaan Najla. Menurut doktor,keadaan Najla sangat-sangat tidak stabil kerana daripada sample darah yg diambil didapati terdapat kandungan garam yang sangat tinggi apabila antibiotic dimasukkan untuk melawan serangan kuman menyebabkan jantung Najla terhenti dan Najla berhenti bernafas. Keadaan Najla sangat-sangat tidak diduga sebegitu rupa kerana Najla dijangka akan sembuh dan keadaannya jauh lebih baik sebelum ini berbanding bayi-bayi lain yang sedang kritikal. Namun melihat keadaannya yg aktif kembali, doktor tetap suruh saya berdoa kerana bila-bila masa sahaja apabila ubat-ubat yang dimasukkan telah habis digunakan, Najla akan kembali tidak stabil. Sempat saya bisikkan pada Najla sambil merenung matanya dalam-dalam, "Najla, terima kasih sebab masih bersama ibu. Najla kena kuat ye sayang. Ibu akan kuat supaya Najla kuat. Nanti Najla dah sihat, Najla dah boleh minum susu ibu". Najla tak berkelip dan tak henti memandang wajah saya. Sewaktu itu, ingin sahaja saya mengangkat dan memeluk Najla. Namun dengan wayar dan tiub yang berselirat tidak memungkinkan saya untuk melakukan semua itu. Air mata saya tahan sedalam-dalamnya walau jauh di sudut hati, saya remuk melihat keadaan Najla sebegitu rupa.

Saya mengambil keputusan untuk tetap di situ bersama suami. Suami tidak berhenti berdoa dan solat hajat di luar wad bersebelahan dgn tingkap yang menempatkan Najla. Kami suami isteri saling berpelukan, cuba menguatkan hati masing-masing.

Lebih kurang pukul 3 pagi. Saya yang sedang berbaring atas riba suami di luar tingkap wad terdengar bunyi mesin oksigen Najla. Bunyi itu begitu kuat dan saya faham dgn maksud bunyi itu. Najla berhenti bernafas! Saya berlari masuk ke wad, suami terus sujud memohon kepada Allah. Sekali lagi Najla cuba dibantu oleh beberapa staff nurse dan doktor. Pelbagai bantuan dibuat tapi akhirnya, Najla tidak memberi sebarang respons. Bacaan jantung dan oksigen najla tidak dapat dibaca. Doktor suruh saya memanggil suami dan menyatakan keadaan Najla sudah tiada harapan lagi. Saya genggam tangan suami erat-erat. Air mata ditahan. Kami diizinkan untuk memegang Najla. Kornea mata Najla menebal, Najla kaku, dan matanya terbuka serta tidak boleh ditutup.

Saya dan suami masing-masing memegang tangan Najla kanan dan kiri. Kami bisikkan kalimah-kalimah Allah dan shahadah. Tiba-tiba Najla memegang erat tangan kami. Begitu erat. Dan tiba-tiba juga bacaan oksigen najla meningkat kepada 100% dan bacaan jantung najla meningkat kepada 166. Saya tergamam. Doktor juga bingung. Saya dan suami diminta ketepi dan pemeriksaan dilakukan. "Dia masih ada lagi..", kata doktor. Namun saya tahu, Najla masih ada kerana ingin menguatkan hati kami supaya redha dengan pemergiannya nanti. Saya tahu Najla tidak mahu kami ralat dan ingin bersama kami untuk suatu ketika yang lebih lama. Gerak hati saya begitu kuat sebagai seorang ibu. Saya bisikkan pada suami, "Kita jangan siksa dia lagi ye..". Suami yang begitu inginkan Najla tertunduk, bibir diketap kuat, air mata yang ditahan-tahan tertumpah dan akhirnya akur bila saya berkata sedemikian. Saya tahu suami takut untuk terima hakikat itu. Entah dari mana kekuatan datang untuk saya redha dengan apa sahaja ketentuan-Nya tika itu kerana saya yakin Dia lebih tahu apa yg terbaik untuk kami bertiga. Sedari awal kami tidak berputus asa berdoa walau kadangkala saya sendiri hampir mengalah. Dan Najla begitu jua. Tidak berputus asa bertarung nyawa untuk memenuhi permintaan kami suami isteri hidup bersamanya. Najla begitu kuat. "Sekuat ibunya..", kata kakak saya. Saya tidak tahu dimana org lain melihat kekuatan saya selama ini apatah lagi pada waktu segenting itu.

Pukul 5 pagi saya mengambil keputusan untuk memaklumkan pada semua ahli keluarga bahawa Najla sedang nazak tapi dihalang oleh suami saya. Renungan yg sepenuhnya berharap agar keajaiban berlaku dari mata suami. Saya bisikkan padanya,"Kita berdoa dan berharap keajaiban-Nya ye..". Suami saya mengangguk. Kami terus berdoa namun hati saya tidak sedap dan terbayang betapa ralatnya ahli keluarga saya jika tidak dapat menghadap Najla di saat-saat itu. Pukul 5.30 pagi saya pujuk suami. Saya beritahu perlu utk maklumkan pada semua. Suami akur. Saya terus menghubungi ahli keluarga dan rakan-rakan. Tidak sampai sejam, wad NICU A4 dikerumuni oleh rakan-rakan karib dan ahli keluarga. Saya minta izin doktor untuk ahli keluarga saya masuk secara bergilir ke NICU. Doktor mengangguk dan memenuhi impian saya walaupun peraturan seharusnya tidak membenarkan. Syukur mereka seolah memahami. Semua ahli keluarga yang hadir akhirnya buat pertama kali dan terakhir dapat memegang najla sejak 22 hari yang lalu. Saya dapat lihat wajah-wajah yang begitu berduka dgn keadaan Najla pada saat itu. Air mata saya seperti tidak mahu keluar lagi. Saya redha dan berserah pada-Nya.

Bacaan yassin dan kalimah-kalimah Allah terus berkumandang di wad A4 pada subuh yg hening itu. Suasana jadi begitu sayu. Bayi-bayi lain seolah turut mengerti bahawa Najla akan pergi selamanya. Suasana jadi sunyi sepi. Yang kedengaran hanya esakan air mata kami, dan bunyi-bunyi mesin diselang-seli dgn bacaan kalimah-kalimah suci Allah.

Pukul 8 pagi, doktor pakar hadir, pemeriksaan dilakukan. Kami telah sedia maklum bahawa Najla sudah tiada harapan lagi. Doktor pakar menunaikan impian terakhir kami untuk memeluk dan memangku Najla. Segala wayar dan tiub yang berselirat pada tubuh kecil Najla ditanggalkan. Akhirnya saya dan suami dapat memangku Najla untuk terakhir kalinya. Jari-jemari Najla masih kuat memegang jari saya. Doktor dan sister memeluk saya dari belakang. Berharap agar saya tabah menghadapi saat-saat kehilangan itu. Saya peluk dan cium Najla berkali-kali. Adik beradik bergilir masuk mencium Najla yang masih lagi bernyawa. Saya jelas dapat melihat ahli keluarga yang lain sedang melihat saat-saat hiba itu dari luar tingkap sambil meraup muka mengesat air mata dan berserah kepada-Nya. Semua tak sampai hati melihat saat-saat terakhir si kecil itu bertarung nyawa.

Tepat pukul 8.20 pagi, mata najla yang sejak tadi terbuka tertutup sendiri. Genggaman jari yang begitu kuat dilepaskan.nNajla tersenyum. Saya terus memanggil doktor. Selepas diperiksa, doktor memandang saya dan menggelengkan kepala. Innalilahiwainnailaihirojiun.
Ya, Najla sudah tiada lagi. Saya serahkan Najla kepada mereka untuk prosedur pembersihan. Saya dan suami berpelukan. Anak yang kami sayangi telah dijemput Illahi.

Prosedur memandikan dan mengkhafankan saya pinta pihak hospital uruskan. Saya sentiasa ada untuk setiap prosedur itu. Tubuh kecil itu seperti bayi-bayi cukup bulan yang lain. Cukup besar. Wajahnya yang mulus dan tersenyum selepas nafas terakhir cukup menggamit hati semua yg melihat. Rakan-rakan turut hadir dan memeluk saya seeratnya. Puluhan mesej diterima sejurus beberapa minit Najla meninggal. Begitu pantas berita pemergian Najla diketahui semua. Saya tidak tahu untuk berkata apa. Tergamam. Namun masih boleh tersenyum pada semua yg hadir. Jenazah Najla dikebumikan di Muar, kampung halaman suami saya. Perjalanan kami dipercepatkan dari Johor Bahru ke Muar utk urusan pengkebumian. Saya dan suami bergilir memegang jenazah Najla. Suasana dalam kereta begitu sepi dan memilukan.

Setibanya di Muar, saya masih memeluk erat tubuh kaku Najla. Semua seakan mengerti dan membiarkan saya beberapa ketika. Akhirnya saya dipujuk jua utk melepaskan Najla agar tidak menyiksanya sedemikian rupa.

*****

1 Syawal disambut hiba oleh kami sekeluarga. Kami telah menyempurnakan tahlil dan aqiqah Najla. Pada 1 Syawal juga, saya dan suami telah meletakkan batu nisan pada kubur Najla yang bertulis:

'Najla Batrisya Binti Mawardi
24 Ogos 2011 Bersamaan 24 Ramadhan 1432H'

~Al-fatihah~
« Last Edit: March 24, 2012, 02:51:08 PM by Ummi Najla »

lydianajihah

  • Guest
Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #152 on: March 24, 2012, 02:49:17 PM »
salam ummi najla...
sungguh tabah kalian.
ya, kerana sedikit perbezaan itu, thread yang dibuka oleh ummi najla tidak dimerge ke thread ini. tapi, betul, kita berkongsi kehilangan yang sama.
semoga apa yang diberi oleh Allah ini mempermudahkan jalan ummi najla ke syurga.


Sent from my iPhone using Tapatalk

Offline Ummi Najla

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 196
  • Suka? +2/-0
  • Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat. Amin.
    • ~Najla Batrisya Cinta Hati Kami~
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #153 on: March 24, 2012, 02:52:14 PM »
salam ummi najla...
sungguh tabah kalian.
ya, kerana sedikit perbezaan itu, thread yang dibuka oleh ummi najla tidak dimerge ke thread ini. tapi, betul, kita berkongsi kehilangan yang sama.
semoga apa yang diberi oleh Allah ini mempermudahkan jalan ummi najla ke syurga.


Sent from my iPhone using Tapatalk

Terima kasih kak lydiana.

Offline Sarina

  • Peniaga
  • Nilam
  • *
  • Posts: 492
  • Suka? +2/-0
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #154 on: March 24, 2012, 04:00:02 PM »
salam Ummi Najla,

Menangis saya baca kisah ni, tabah sungguh Ummi Najla, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..takziah yer..
"Dan, Kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar? Dan adalah Tuhanmu Maha Melihat" (Al-Furqan : 20)

https://www.facebook.com/pages/Koleksi-Siti-Khadijah/113148155551571

Offline Ummi Najla

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 196
  • Suka? +2/-0
  • Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat. Amin.
    • ~Najla Batrisya Cinta Hati Kami~
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #155 on: March 24, 2012, 05:32:33 PM »
Alhmdulillah sarina. Kami tabah kerana kami yakin akan bertemu bidadari kecil ini di syurga InsyaAllah..
« Last Edit: March 24, 2012, 05:45:41 PM by Ummi Najla »

Offline eila

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 137
  • Suka? +0/-0
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #156 on: March 24, 2012, 05:56:25 PM »
Ummi, moga ALLAH kurniakan zuriat yang soleh/solehah, zuriat yang terbaik untuk ummi dan suami..Eila sedih sgt bila tgk ummi tabah hadapi semua ni. walaupun eila belum diberi peluang untuk punya zuriat, eila tidak setabah ummi.... ummi telah beri kekuatan kpd eila utk mengharungi hidup tanpa cahayamata...

Offline Ummi Najla

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 196
  • Suka? +2/-0
  • Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat. Amin.
    • ~Najla Batrisya Cinta Hati Kami~
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #157 on: March 24, 2012, 06:11:00 PM »
Ummi, moga ALLAH kurniakan zuriat yang soleh/solehah, zuriat yang terbaik untuk ummi dan suami..Eila sedih sgt bila tgk ummi tabah hadapi semua ni. walaupun eila belum diberi peluang untuk punya zuriat, eila tidak setabah ummi.... ummi telah beri kekuatan kpd eila utk mengharungi hidup tanpa cahayamata...

Amin Ya Rabb. Terima kasih Eila. Saya berharap semoga Eila bertabah dalam menanti zuriat kurniaan Allah dan dikurniakan juga zuriat yang soleh dan solehah hendakNya.

Offline emunwong

  • Topaz
  • *
  • Posts: 8
  • Suka? +0/-0
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #158 on: March 24, 2012, 09:17:03 PM »
ummi najla..
tabahkan hati kuatkan semangat
pasti ada ganjaran yg menanti kalian suami isteri dr yg ESA amin saya doakan.

Offline yana~alisya

  • Nilam
  • *
  • Posts: 345
  • Suka? +3/-0
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #159 on: March 24, 2012, 10:08:16 PM »
Salam ummi najla.Hiba dan terkesan dengan kisah ni.Kagum dengan ketabahan yang Allah kurniakan buat ummi najla.Insyaallah...bidadari syurga sedang menanti ummi dan ayahnya di pintu syurga.Kuatkan semangat dan banyakkan doa agar akan hadir penawarnya nanti.
:: my life, my love, my princess & my little angel ::
http://sitihawabidadarisyurga.blogspot.com/

Offline Ummi Najla

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 196
  • Suka? +2/-0
  • Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat. Amin.
    • ~Najla Batrisya Cinta Hati Kami~
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #160 on: March 24, 2012, 10:50:16 PM »
Syukran jazillan emun dan k.yana. InsyaAllah. Kami amat berharap kehadiran pengganti arwah sebagai pengubat rindu kami.

Offline asuka

  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +1/-0
  • sayang semuanya
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #161 on: April 13, 2012, 03:57:06 PM »
ummi najla, awak seorang yg tabah, seperti ibu sebelah kubur arwah anak saya. semoga awak dikurniakan zuriat selepas ini.

Offline Ummi Najla

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 196
  • Suka? +2/-0
  • Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat. Amin.
    • ~Najla Batrisya Cinta Hati Kami~
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #162 on: April 13, 2012, 04:13:45 PM »
Tq asuka. Saya pun berharap semoga kami lekas dapat pengganti arwah. Kami sedang dalam usaha untuk mendapat pengganti arwah. Mudah2an Allah SWT makbulkan doa kami bulan ini. Amin.

Offline asuka

  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +1/-0
  • sayang semuanya
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #163 on: April 13, 2012, 05:18:42 PM »
Salam & selamat sejahtera,

Salam perkenalan kpd semua, saya kehilangan anak sulung pd 5 september 2008. arwah anak saya meninggal dlm kandungan masa usianya 29minggu. tiada punca kematian setelah ujian darah & uri dilakukan. arwah anak saya perempuan, berat masa lahir cuma 1.1kg je. masa hari jumaat tu saya tak rasa pergerakan anak saya, bila saya rujuk ke hospital, doktor buat scan dah takda degupan jantung. masih ingat lg kata2 doktor, '' puan, jantung anak puan dah tak berdegup" muka saya rasa panas, taktau nak gambarkan perasaan. doktor panggil suami & bg penerangan sikit2. sekelip mata je semua ni berlaku.

mlm tu saya dimasukkn kedalam wad, tengahari sabtu jam 1ptg dah mula diinduce. saya bersalin jam 2.24pg hari ahad tu. selepas lebih 12jam menanggung sakit. 4x masuk ubat. 2x kena jahit. nurse kat situ cakap kalau baby dah meninggal dlm kandungan, masa bersalin lebih sakit dr bersalin biasa. pas anak saya keluar masa itu jugalah saya tau jantina anak saya, sebelumni masa scan tak nampak. hari ahad semasa saya masih di hospital arwah anak saya dikebumikan. berpantanglah saya di kg 40hari tanpa anak disisi....

semua baju & barang2 arwah anak ni saya sedekahkan kpd kakak saya. tak sanggup nak simpan di rumah. setiap minggu saya akan pergi menziarahi pusara dia jika tiada halangan. setakat ini dah ada sederet 30 lebih pusara anak2 kecil yg meninggal disitu, anak saya yg ke 8. bagi saya, biar masa yg mengubati segalanya. sekarang saya mengandung 30minggu. doakan saya & baby saya selamat serta panjang umur.

Offline Ummi Najla

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 196
  • Suka? +2/-0
  • Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat. Amin.
    • ~Najla Batrisya Cinta Hati Kami~
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #164 on: April 13, 2012, 05:53:55 PM »
InsyaAllah asuka. Semoga Allah panjangkan usia baby asuka sekarang dan semoga baby yang bakal lahir ini dapat jadi anak yang soleh/solehah serta jadi menjadi penyejuk mata buat asuka dan suami. Amin

Offline Pengedar Jamu Susuk Dara Mami Syma

  • Peniaga
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3491
  • Suka? +6/-0
  • Ingin kebahagian suami isteri kekal terjamin?PM <3
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #165 on: April 13, 2012, 06:22:27 PM »
Salam semua,

sebelum ni saya cuma baca je thread ni. Masih tak punya kekuatan nak mencarit kisah. Sebab saya juga ibu yang tergolong dalam golongan umatNYA yang diuji.

Waktu tu kandungan saya 21w2days. Waktu itu saya sedang menanti nanti saat 24w utk lihat jantina anak saya. Waktu itu anak saya makin aktif menendang dan saya mulai perasan dia selalu berada di sebelah kanan untuk bermain main. Pernah sekali Allah anugerahkan saya untuk melihat kakinya sewaktu dia sibuk bergerak-gerak. Ya.saya sempat sambar kaki itu. Comel.

Tapi,pagi esoknya saya mula rasa sakit pinggan belakang,tapi saya gagahkan juga sebab tanggugjawab kerja menanti. Memang sakit diselangi sakit perut. Saya memang panik sebab setahu saya itu seperti sakit constraction. Husband mula risau,tapi saya tetap pergi juga ke pejabat sebab masih terlalu awal utk saya deliver. Saya bercakap2 dengan anak,pujuk supaya baik baik,mama nak pergi kerja.

Sepanjang memandu sampailah tiba di pejabat sakit mula kerap dari 20min ke 15 minit kemudian 10 minit. Tapi tiba2 saakit tu hilang hingga setengah jam. Saya buat sperti biasa lagi,cuma bila sakit tu datang memang tak tertahan sampai saya mengerang. Jam 9.30 pagi saya mula perasan seperti air panas di celah vagina. Saya terus cek dan darah sudah banyak turun memenuhi panty.

Cepat2 sy hubungi suami dan kami terus ke hospital sungai buloh. Mula2 doktor cek jantung baby saya lega sebab jantung normal. Tapi bila mula nak cek bawah dan nak buat pap smear doctor nampak bukaan sudah 6cm. Selang dua jam bukaan aku sudah fully 10cm. Waktu tu hanya Allah yang tahu perasaan saya. Air mata amat laju mengalir. Kerana ketika itu,saya masih merasakan pergerakan dia. Dia masih bebas dan aktif bergerak bagai tiada apa yang berlaku di dunia luar.

Keputusan doctor,anak tak dapat diselamatkan keranan beratnya kurang dari 500gram. Jika lebih pun peluang hidupnya tipis. Suami dimaklumkan,dia juga hiba. Dia hanya mendengar kata2 doctor sambil menekup mulut menahan tangis. Ya,kami menangis bagai anak kecil. Sedih,sungguh aku sedih kerana ini adalah anak yang kami tunggu..hampir semua persiapan sudah siap.Hanya menanti dia lahir didunia.

Lebih 8jam aku menunggu di labour room untuk melahirkan anak ini. Dan selama 8jam itulah dia masih lagi hidup,masih lagi aktif,masih lagi bermain dengan mama. Air ketuban tidak mahu pecah waima darah masih tidak berhenti mengalir. Akhirnya aku tak sanggup lagi menahan sakit constraction yang aku cuba tahan,aku tak mahu anak ini lahir sebelum waktunya! Tapi apakan daya,sudah takdir lahirnya tepat 8.30 malam pada 19 mac 2012. Dia masih bernyawa ketika itu.

Dia bayi lelaki yang gagah,dia bayi lelaki yang sangat besar jika dia masih bertahan,aku takkan lupa betapa berisinya dia,otot2 garis lengannya kelihatan. Aku memegang tangannya tanda 'Ya anak,mama disini! Takkan aku lupekan tika dia bagai sesak nafas meminta udara. Dia cuba utk hidup. Sumpah aku rasa bersalah,seperti aku yang membunuhnya. Sperti aku yang memaksanya keluar tika dia masih perlu berada di rahimku.

Awatif Syakir. Permata hatiku yang paling bermakna,dia mengubah segalanya aku dan suami. Tapi dia pergi jua. Entah kenapa. Entah dimana silapnya.



Ya Allah, Jika rezeki ini adalah PINJAMANMU..Maka pinjamkanlah aku DIDUNIAMU

Offline asuka

  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +1/-0
  • sayang semuanya
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #166 on: April 13, 2012, 07:05:32 PM »
InsyaAllah asuka. Semoga Allah panjangkan usia baby asuka sekarang dan semoga baby yang bakal lahir ini dapat jadi anak yang soleh/solehah serta jadi menjadi penyejuk mata buat asuka dan suami. Amin

Terima kasih, semoga ALLAH memberkati kita semua

Offline asuka

  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +1/-0
  • sayang semuanya
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #167 on: April 13, 2012, 07:09:34 PM »
Salam semua,

sebelum ni saya cuma baca je thread ni. Masih tak punya kekuatan nak mencarit kisah. Sebab saya juga ibu yang tergolong dalam golongan umatNYA yang diuji.

Waktu tu kandungan saya 21w2days. Waktu itu saya sedang menanti nanti saat 24w utk lihat jantina anak saya. Waktu itu anak saya makin aktif menendang dan saya mulai perasan dia selalu berada di sebelah kanan untuk bermain main. Pernah sekali Allah anugerahkan saya untuk melihat kakinya sewaktu dia sibuk bergerak-gerak. Ya.saya sempat sambar kaki itu. Comel.

Tapi,pagi esoknya saya mula rasa sakit pinggan belakang,tapi saya gagahkan juga sebab tanggugjawab kerja menanti. Memang sakit diselangi sakit perut. Saya memang panik sebab setahu saya itu seperti sakit constraction. Husband mula risau,tapi saya tetap pergi juga ke pejabat sebab masih terlalu awal utk saya deliver. Saya bercakap2 dengan anak,pujuk supaya baik baik,mama nak pergi kerja.

Sepanjang memandu sampailah tiba di pejabat sakit mula kerap dari 20min ke 15 minit kemudian 10 minit. Tapi tiba2 saakit tu hilang hingga setengah jam. Saya buat sperti biasa lagi,cuma bila sakit tu datang memang tak tertahan sampai saya mengerang. Jam 9.30 pagi saya mula perasan seperti air panas di celah vagina. Saya terus cek dan darah sudah banyak turun memenuhi panty.

Cepat2 sy hubungi suami dan kami terus ke hospital sungai buloh. Mula2 doktor cek jantung baby saya lega sebab jantung normal. Tapi bila mula nak cek bawah dan nak buat pap smear doctor nampak bukaan sudah 6cm. Selang dua jam bukaan aku sudah fully 10cm. Waktu tu hanya Allah yang tahu perasaan saya. Air mata amat laju mengalir. Kerana ketika itu,saya masih merasakan pergerakan dia. Dia masih bebas dan aktif bergerak bagai tiada apa yang berlaku di dunia luar.

Keputusan doctor,anak tak dapat diselamatkan keranan beratnya kurang dari 500gram. Jika lebih pun peluang hidupnya tipis. Suami dimaklumkan,dia juga hiba. Dia hanya mendengar kata2 doctor sambil menekup mulut menahan tangis. Ya,kami menangis bagai anak kecil. Sedih,sungguh aku sedih kerana ini adalah anak yang kami tunggu..hampir semua persiapan sudah siap.Hanya menanti dia lahir didunia.

Lebih 8jam aku menunggu di labour room untuk melahirkan anak ini. Dan selama 8jam itulah dia masih lagi hidup,masih lagi aktif,masih lagi bermain dengan mama. Air ketuban tidak mahu pecah waima darah masih tidak berhenti mengalir. Akhirnya aku tak sanggup lagi menahan sakit constraction yang aku cuba tahan,aku tak mahu anak ini lahir sebelum waktunya! Tapi apakan daya,sudah takdir lahirnya tepat 8.30 malam pada 19 mac 2012. Dia masih bernyawa ketika itu.

Dia bayi lelaki yang gagah,dia bayi lelaki yang sangat besar jika dia masih bertahan,aku takkan lupa betapa berisinya dia,otot2 garis lengannya kelihatan. Aku memegang tangannya tanda 'Ya anak,mama disini! Takkan aku lupekan tika dia bagai sesak nafas meminta udara. Dia cuba utk hidup. Sumpah aku rasa bersalah,seperti aku yang membunuhnya. Sperti aku yang memaksanya keluar tika dia masih perlu berada di rahimku.

Awatif Syakir. Permata hatiku yang paling bermakna,dia mengubah segalanya aku dan suami. Tapi dia pergi jua. Entah kenapa. Entah dimana silapnya.


Subhanallah... Bersabar ya shima, saya amat memahami betapa hibanya perasaan awak. Semuanya bagai mimpi. Biarlah masa mengubati segalanya.

Offline Ummi Najla

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 196
  • Suka? +2/-0
  • Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat. Amin.
    • ~Najla Batrisya Cinta Hati Kami~
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #168 on: April 13, 2012, 07:47:41 PM »
Al-fatihah untuk baby Awatif Syakir. Tak ada kata indah untuk shima. Walau apa pun yang saya kata belum tentu dapat ubat rasa pedih hilangnya adik awatif buat shima dan suami. Saya memahaminya. Memang pedih sangat kenangkan peristiwa 7 bulan lalu. Dari 7 bulan tu, 2 bulan tidak pernah kering dengan air mata hingga memaksa saya berhijrah ke daerah lain. Rupanya, saya jadi kuat bila sudah berhijrah. Mungkin lain orang, laim cara untuk mengubat rasa duka kehilangan tu. Lagilah shima baru sahaja sebulan kehilangan awatif kan. Pasti kenangan tu susah nak terpadam.

Cuma satu yang saya boleh katakan di sini, harap dapat menjadi sedikit pengubat dalam hati shima. Percayalah, setiap yang berlaku ini ada sejuta hikmahNya yang kita tak tahu. Ada sejuta rezeki yang menanti jika kita redha dengan kehilangannya. Memang bukan mudah untuk redha dengan pemergian anak tercinta. Tapi percayalah, masa yang berlalu akan jadi pengubat kerinduan shima pada arwah awatif. Dan shima, bersyukurlah kerana Allah SWT telah memilih kita. Dia pilih kita untuk lahirkan SEORANG AHLI SYURGA. Subhanallah. Bukan semua orang dipilih untuk menjadi ibu kepada bidadari syurga ini shima. Hanya mereka yang betul-betul terpilih dan pasti ada seribu sebab mengapa Dia memilih kita. Kerana Dia amat cinta pada kita. Dia sayang dan rindu pada kita dan mengirim tanda sayang itu melalui malaikat Jibril dalam bentuk UJIAN. Semoga ujian ini dapat mendekatkan hati kita kepadaNya.

Dan percayalah shima, awatif tidak pernah lupa pada ibu bapanya. Kerana itulah, dia pasti akan menanti shima dan suami di pintu syurga. Awatif akan merayu-rayu pada Allah SWT dan memohon syafaat Nabi Muhammad SAW untuk sama-sama membawa ibu bapanya ke syurga. Subhanallah.

Saya dan ibu-ibu di kelab ini akan sentiasa menyoking shima. Shima cepat sihat ye supaya cepat dapat pengganti. Saya gembira melihat ibu-ibu yang pernah kehilangan anak sudah dapat pengganti walau saya sendiri masih menanti. Semoga shima dan suami diberi ketabahan dan kekuatan dari Allah SWT.

Sekali lagi, al-fatihah untuk arwah Awatif Syakir.

Offline Pengedar Jamu Susuk Dara Mami Syma

  • Peniaga
  • Berlian
  • *
  • Posts: 3491
  • Suka? +6/-0
  • Ingin kebahagian suami isteri kekal terjamin?PM <3
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #169 on: April 14, 2012, 09:30:34 AM »
Terima kasih Ummi, memang peristiwa itu terlalu sakit untuk dikenang kembali. Jadi saya memilih untuk bangkit semula selepas 2mggu berpantang. Keluarga dan suami banyak membantu memulihkan semangat saya dari segi psikologi. Tambahan makin parah bila hari ketiga saya mula bengkak susu. Waktu itu hanya tuhan yang tahu. Sedih dihambat pilu. Susu itu sepatutnya utk awatif. Tapi dia tiada. Tiap kalii saya pam keluar dan tika saya buangkan di singki,saya mulakan dengan bismilillah. Moga susu ini akan sampai kepada dia disana. Mungkin agak karut,tapi dengan cara itu saya rasa lebih aman. Saya masih bercakap2 dengannya kerana saya percaya dia sentiasa bersama saya. Hidup bersama kami walau jasadnya tiada didunia.

Mulanya saya terfikir utk berpindah,tapi Allah tak bagi jalan itu,mungkin ada jalan yang lebih baik menanti. SubhanaAllah cerita tuhan,sunggug kita tidak dapat merungkaikan satu pesatu. Tapi yang nyata saya yakin,dia lebih tenang disana. Lebih aman disana daripada didunia. Mungkin bukan saya ibu yang baik utk mengasuh dan Allah lebih berhak. Kan?

Kini, saya dan suami menjalani hidup dengan lebih baik. Suami lebih menghargai perkahwinan dan saya sendiri daripada sebelumnya. Institusi kami lebih ceria berbanding dulu,saya percaya inilah hikmahnya. Dan jika tuhan hadiahkan lagi saya peluang, Alhamdulillah. Sesungguhnya kuasa Allah tidak terhingga.

Buat Ummi,awak ibu yang tabah,buat semua ibu disini. Kita kuat. Kerana kita WANITA :)



Ya Allah, Jika rezeki ini adalah PINJAMANMU..Maka pinjamkanlah aku DIDUNIAMU

Offline nameen

  • Topaz
  • *
  • Posts: 18
  • Suka? +0/-0
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #170 on: April 14, 2012, 04:42:29 PM »
salam,

Di sini saya ingin bkongsi pengalaman yang sama dengan ibu2 semua....Saya telah melahirkan anak kedua pada 24/2/2012 jam 0849pm (Jumaat)dan telah menghembuskan nafas terakhir 0947pm selepas dilahirkan.Bayi saya dilahirkan secara normal, tempoh 34 minggu (ikut kiraan scan) EDD pada 02/04/2012. Namun, naluri keibuan lebih kepada ikut kiraan saya iaitu 37 minggu, EDD 08/03/2012  dan saya telah bersalin pada 24/2/2012..Ini disebabkan saiz bayi lebih kecil dari yang sepatutnya. Ini berpunca masalah kurang air ketuban (Oligohydramnios) setelah kandungan berusia 7 bln (trimester ketiga) yang lambat dikesan. Namun denyutan jantung bayi normal tapi gerakan lemah.  Apabila sudah beberapa kali check-up mengatakan ukuran tinggi rahim tidak mengikut ukuran yang sepatutnya, nurse rujuk kepada doktor di klinik untuk scan. Apabila doktor scan memang bayi kecil. Selepas saya tanya pasal air ketuban, baru lah doktor tengok air ketuban.  Rupa-rupanya air ketuban saya sedikit dan doktor tersebut terus refer saya ke hospital.  Saya dan suami terus ke HKL dan terus ke Unit O&G,HKL dan  di sarankan untuk scan sekali lagi. Apa yang mengejutkan doktor beritahu air ketuban bukan kurang tapi tiada langsung. Doktor tersebut terus buat temujanji dengan doktor pakar untuk rawatan lanjut. Apabila tiba tarikh temujanji, saya berjumpa dengan doktor pakar.  Doktor Pakar scan lagi kandungan saya dan keputsan tetap sama namun denyutan jantung normal. Doktor pakar ingin berjumpa saya dan suami secara peribadi.  Doktor pakar tersebut memaklumkan punca2 kurang air ketuban dan dia juga memaklumkan risiko bayi.  Disaat itulah doktor pakar memberitahu kemungkinan bayi saya boleh meninggal dalam kandungan ataupun meninggal semasa dilahirkan. Ketika itulah airmata tidak dapat ditahan lagi dan doktor memberi kaunseling untuk kami bersedia dengan kemungkinan yang berlaku.  Doktor bertanyakan kepada kami sekiranya kami setuju atau tidak untuk ambil sampel darah tali pusat. Namun tidak sempat juga untuk doktor ambil sampel darah tersebut kerana telah sakit kontraksi dan keluar tanda pada 24/02/2012. Pada pagi jumaat tersebut saya masih lagi pergi kerja dan masih boleh memandu untuk ke tempat kerja. Kontraksi 10 min sekali pada pagi sehingga tengahari. Selepas makan tengahari baru lah keluar darah dan saya terus minta CC di pejabat untuk pulang.  Sampai dirumah suami telah tunggu dan terus ke hospital. Sampai di hospital terus daftar masuk dan menjalani prosedur untuk ibu2 yang hendak bersalin. Setelah diperiksa bukaan rahim baru 2cm. Namun untuk kes saya, mereka terus bawa ke labour room pukul 6.00 pm. Semasa di labour room keadaan saya dan kandungan dipantau. Dalam pukul 8.30pm kontraksi sudah makin kuat dalam 3min skali. Tepat 8.45pm saya merasa mcm ada sesuatu nak keluar dan suami memanggil nurse dan doktor. Dan 3 min kemudian saya selamat bersalin seorang bayi perempuan dengan berat 1.14kg (Semasa scan 6 bln bayi lelaki). Bayi saya tidak menangis semasa dilahirkan dan nurse terus bawa keluar bayi saya.  Selepas beberapa ketika , nurse serahkan bayi kepada saya dan terus menciumnya. Fizikalnya sempurna namun ader komplikasi organ dalaman.  Semasa memegang bayi saya, saya dapat merasakan dia x lama kerana nafasnya tersekat2. Saya hanya dapat memegang,mencium lebih kurang 20 min sahaja dan suami iqamatkan bayi kami selepas itu dia dibawa ke NICU untuk diberikan oksigen. Tidak lama kemudian, doktor memanggil suami dan memaklumkan yang jantung bayi kami sudah berhenti.  Kami terkilan kerana tidak dapat bersama bayi kami ketika dia bertarung nyawa. Perasaan saya pada waktu itu hanya tuhan saja yang tahu. Suami membawa saya ke NICU untuk menatap bayi saya namun hanya tubuh kaku si kecil sahaja dapat saya peluk. Selepas itu bayi saya dibawa ke Unit Forensik, HKL untuk disimpan smentara menunggu hari esk.  Segala urusan jenazah telah diuruskan oleh hospital. Saya sentiasa disisi jenazah semasa jenazah dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan untuk kali terakhir dan terus dibawa balik ke Melaka untuk dikebumikan. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Yang paling sedih apabila saya x sempat untuk menyusukan arwah. Menitis air mata apabila susu badan yang dipam dibuang begitu sahaja. Mama minta maaf sayang kerana tidak dapat memberi susu kepada Iman. Semoga roh Nur Iman Nasuha dicucuri rahmat dan tenang di sana.Saya redha akan ketentuan dariNya...Alfatihah



Offline asuka

  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +1/-0
  • sayang semuanya
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #171 on: April 15, 2012, 09:44:10 AM »
Takziah ya nameen. Jaga diri baik2, bertabahlah semoga dikurniakan zuriat selepas ni. Nama anak kita lebih kurang sama, nama anak saya nurul iman.

Offline Ummi Najla

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 196
  • Suka? +2/-0
  • Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat. Amin.
    • ~Najla Batrisya Cinta Hati Kami~
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #172 on: April 15, 2012, 01:28:19 PM »
Assalam nameen. Takziah untuk pemergian arwah Nur Iman Nasuha. Setiap baris cerita nameen buat saya teringat juga pada peristiwa arwah Najla. Syukut nameen diberi peluang selama 20 minit untuk bersama Nur Iman. Saya harap nameen dan suami dianugerahkan pengganti mirip nur iman untuk jadi pengubat rindu nameen. Saya harap nameen kuat. Dan saya yakin nameen orang yang tabah. Cara penceritaan nameen untuk kenang satu persatu kenangan bersama arwah membuktikan nameen ibu yang tabah. Beruntung nur iman kerana punya ibu seperti nameen. InsyaAllah nur iman sudah berbahagia di sana. Alhamdulillah nameen telah terpilih untuk melahirkan seorang ahli syurga yang bakal menanti nameen untuk masuk bersamanya nanti. Al-fatihah untuk adik Nur Iman~

Offline nameen

  • Topaz
  • *
  • Posts: 18
  • Suka? +0/-0
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #173 on: April 15, 2012, 02:16:14 PM »
Asuka,

Itulah x sangka ramai juga ibu2 yg letak nama anak Nur Iman...

Ummi Najla,

Hanya keredhaan dan ketabahan yang boleh memberi kekuatan untuk menghadapi dugaan dari Allah s.w.t...setelah saya membaca cerita2 dari ibu2 IUD nie rupanya ramai yang mempunyai pengalaman yang sama dan pengalaman itu yang mberi kekuatan kepada saya..hanya doa dan harapan untuk ank2 yang sudah tentu tempatnya di syurga...



Offline asuka

  • Topaz
  • *
  • Posts: 74
  • Suka? +1/-0
  • sayang semuanya
Re: Kelab Ibu IUD (Baby Dies after 18Weeks Pregnancy)
« Reply #174 on: April 16, 2012, 11:36:27 AM »
macam kat tanah perkuburan tempat anak saya disemadi,diaorg buat saf kubur untuk anak2 kecil yang meninggal. dari sikit selepas dah nak masuk 4 tahun dah ada 30 lebih kubur. kadang2 bila bertembung dengan ahli keluarga yang lain hati akan berkata, ramai rupanya yang senasib. kadang2 tukar2 cerita dengan diaorang.

 


IKLAN

IKLAN PENAJA