collapse collapse

* Ratuhati di Facebook

* Carian


* Profile

 
 
Welcome, Guest. Please login or register.

Author Topic: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.  (Read 28949 times)

Offline mygenesis (yana)

  • Berlian
  • *
  • Posts: 2935
  • Suka? +18/-0
  • life is full of ups and downs..handle with prayer
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #25 on: December 08, 2010, 01:12:41 PM »
hmmm.... saya pn czer masa bersalin lepas... kaedah T terbalik lg... doktor kate leh peknen lg thun dpn n leh sampai ank ke 5... tp ku ni penakut.... muahahahaha.. ku pasang la iucd.... so mmg plan smpi 2012 la.... cume mase doktor tu kabo kua de nanye gak... bukan kena ade gap ker... bukan sampai 3 org je ker... katenye bleh aje dgn teknologi skang.. lain org lain cr kot... kot ler.... sbb ku suda pasti pasni xkan dpt normal lg... tu ku tnye mcm2 ke doktor....

gynae yana pun kata hari 2 boleh sampai 5 org.dia pun kata kalau nk terlekat gak xpe la.nnti kita jaga elok2 la...heeee sayang Dr.Tan!!! kawan yana czer baby dia baru 10bulan pregnant balik dh 5weeks.doktor dia xmarah pun


Offline areni

  • Topaz
  • *
  • Posts: 87
  • Suka? +0/-0
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #26 on: December 16, 2010, 12:23:59 PM »
terima kasih semua....yg ckp kat saya ni doc kerajaan.siap warning..pregnant lagi lepas ni saya terus ikat...

ni xperiens coz 2 bln admit kt hospital sblm dliver...
x leh ikat suke2 ati,kene ade persetujuan dr pihak kite..ade beberape form yg perlu kite isi utk ikat 2..

kalu dh ikt mmg boleh buka tp risiko utk prgnt luar rahim,bile d ikat maksudny di akan potong kt saluran tiub falopio kiri n kanan..kalu x slh lh..

doc pesan yg paling penting kene tgk jahitan dlm n luar,kalu sume ok dh leh prgnt lg...
4ever with luv....
muhamad azfar zareef..

Offline mamasara (maz09)

  • Delima
  • *
  • Posts: 667
  • Suka? +3/-0
  • salam mesra selalu dari kak maz....buat member rh
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #27 on: December 16, 2010, 12:54:58 PM »
adik ipar kak pun bersalin czer...
3 kali lepas tu terus ikat...nasib baiklah dah ada 2 perempuan 1 lelaki..
masa kak bersalin bulan 4 tu,gynae tu kata tahun depan kita jumpa lagi ye...
maknanya dia suruh mengandung lagi laa tu....
tak de laa nak marah-marah suruh tunggu 2 tahun.... :)


   selamat datang ke blog mamasara....
   http://mazz72.blogspot.com

Offline mamascorpio

  • Berlian
  • *
  • Posts: 4343
  • Suka? +14/-0
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #28 on: December 16, 2010, 01:14:21 PM »
rasanya mesti kat spital swasta kan..
kalau spital kerajaan, maunya dkt 10 kali warned jgn
pegnen lagi untuk 2-3 tahun.. pastu doc ckp kat saya
boleh dpt anak setakat 3 sahaja. 

saya pernah dgr gak.. kat spital swasta nih bukan ajer
5 org anak, nak 10 org pun boley...  poket saya ni
kecik ajer..  tak leh p swasta. ;D

 

Offline mamasara (maz09)

  • Delima
  • *
  • Posts: 667
  • Suka? +3/-0
  • salam mesra selalu dari kak maz....buat member rh
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #29 on: December 16, 2010, 04:44:16 PM »
alahai mamascorpio...
akak ni dah takut nak pi hospital kerajaan...
anak kedua dah 11 tahun baru nak mengandung lagi...
kena kumpul duit jugaklah nak bersalin kat swasta...
sebab poket akak pun kecik juga.... ;D


   selamat datang ke blog mamasara....
   http://mazz72.blogspot.com

Offline mamahana

  • Topaz
  • *
  • Posts: 22
  • Suka? +0/-0
  • our princess
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #30 on: February 11, 2011, 10:46:47 AM »
assalamualaikum..

sy ade kemusykilan, nak tanye pendapat mummy2 semua,
bersalin ank pertama sy c-zer ank baru umur 11 bln, tp rase nak pegnen lg..
kalau sy tunggu ank sy 15 bln boleh bersalin normal tak ek?

Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #31 on: June 20, 2011, 02:38:38 AM »
assalamualaikum..

sy ade kemusykilan, nak tanye pendapat mummy2 semua,
bersalin ank pertama sy c-zer ank baru umur 11 bln, tp rase nak pegnen lg..
kalau sy tunggu ank sy 15 bln boleh bersalin normal tak ek?

saya pun baru bersalin sebulan yang lepas, czer gak..baru2 ni jumpa pakar o&g (private), lepas ni nk mengandung balik at least kena tgu brp lama..dia ckp 6 bln dah blh dah, tapi kalau kurang dari 6 bln, kena czer gak la kali kedua ni...

Offline nurul_aliez

  • Topaz
  • *
  • Posts: 2
  • Suka? +0/-0
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #32 on: June 28, 2011, 09:48:58 AM »
a'kum nk tanya pernah tak dgr2 citer.. sbb smlm saya checkup kt klinik gomen.. saya mengandung anak ke-3 skrg dh 33minggu.. tp saya di jadualkan czer pd 01.08.2011.. nurse tu terkejut knp dh ada fix tarikh saya ckplh doc takut kalau tunggu contraction nanti luka lama bleh pecah.. sbb saya selang sethn baby ke-2 n 3 ni.. n ni kali ke-3 c-zer.. ada nurse tu citer 'ada kes nurse jugak 3 kali czer tapi kali 3 tu baby terkeluar ikut luka lama tu' yg pelik boleh ke baby pecahkan kulit kt luar ni sbb kulit perut kita kt luar ni kuat bila bercantum lainlh kalau dlm mmg lmbt skit sembuh.. tp baby tu arwah sbb air ketuban dh hbs kluar baby tak dpt nafaskn.. wallahua'lam..

Offline Myn~FarHah

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 341
  • Suka? +3/-0
  • ~Ya Allah,bantulah hambaMu ini~
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #33 on: September 20, 2011, 11:30:15 AM »
Just nak share :

Pembedahan

Pembedahan Caesarean Mengapa Perlu ?

Pembedahan Cesarean untuk melahirkan anak dengan cara pembedahan biasanya dilakukan secara cemas (emergency) atau secara diatur (elective). Di antara sebab-sebab ia dilakukan ialah :

1. Bayi lemas (fetal distress), ditandai denyutan jantung bayi sangat perlahan kerana tidak cukup oksigen dibekalkan dalam rahim sewaktu proses beralin.

2. Perdarahan kerana uri diberada depan bayi dan menyekat pintu rahim(Placenta previa).

3 . Rongga punggung ibu sempit, tidak muat kepala bayi.

4.Kedudukkan bayi songsang atau melintang.

5 . Sakit bersalin terlalu lama, mungkin lebih 24 jam, ibu keletihan.

6 . Bayi terlalu besar.

7.Masalah-masalah seperti mandul; berulang-kali keguguran anak; mengandung anak sulung dan ibu berumur lebih 35 tahun ke atas (elderly primidgravida) dan lain-lain..







Bagaimana Bius ?

Biasanya ada dua pilihan ;

1.Bius umum, tidur langsung. (General anesthetic)

2.Bius saraf belakang ‘Epidural’ , hanya kebas pada perut hingga ke kaki, masih sedar tentang apa yang berlaku.

Jagaan Lepas Bedah

Jagaan selepas pembedahan cesarean adalah seperti juga jagaan waktu pantang selepas bersalin atau jagaan selepas pembedahan daripada penyakit jenis lain dalam perut. Rawatan susulan ke klinik ialah selepas 2 minggu untuk melihat perkembangan luka jahitan.

Apa yang penting sekali ialah dalam dua minggu pertama ketika luka daripada pembedahan dan kelahiran bayi mulai pulih, badan memerlukan banyak sumber protin daripada makanan, oleh itu makanan yang berkhasiat dan seimbangterdiri bahan-bahan karbohidrat, protin, vitamin daripada sayur-sayuran dan buah-buahan adalah penting.

"Oleh itu dalam waktu pantang ini, khususnya selepas pembedahan cesarean, janganlah sekat makanan yang berkhasiat oleh sebab kepercayaan dan amalan budaya kita ataupun oleh sebab desakan dari orang orang tua kita.Walau demikian makanan yang tentu boleh menyebabkan masalah seperti yang boleh menyebabkan alahan (allergy) patut dijauhkan."

Kurangkan sedikit bahan-bahan yang kaya dengan minyak dan lemak dan bahan manisan yang mengandungi banyak gula seperticoklat dan ais-krim.Pil vitamin dan logamyang dimakan ketika mengandung patut diteruskan sehingga habis pantang khususnya bagi mereka yang menyusukan kerana proses penyusuan memerlukan bahan bahan vitamin khususnya kalsium dalam pembentukan susu.

Biasanya luka pada perut akan kering dan rapat setelah dua minggu.Ketika ini pesakit boleh melakukan aktiviti dan kerja rumah.

Amalan menggunakan bengkung dan juga bertungku tidak dicegah.
Mengurut pada badan juga tidak dicegah, tetapi jika boleh jangan sentuh bahagian perut khususnya pada luka pembedahan tersebut.


Makanan makanan tambahan untuk mempercepatkan proses pemulihan di luka, seperti Jeli, pati ikan haruan dan lain lain bahan di pasaran tidak dicegah.

Apa yang dilarang ialah mengaplikasikan terus ubat pati gamat atau pati haruan pada bahagian bahagian luka ketika 3 minggu pertamaselepas dibedah.

Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan kesakitan yang teramat sangat berlaku. Jika ini berlaku anda mesti bersihkan kawasan yang dijankiti kuman dengan savlon yang dicampur air suam, berserta kapas bersih pada kawasan itu. Picit air bisa dan nanah keluar setiap hari dan biarkan luka terdedah kepada udara. Ini akan memeprcepatkan proses pemulihan kulit.

Jarak kehamilan selepas cesarean

Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun.Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ?misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.

Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.

Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.

Bolehkah saya melahirkan secara normal berikutnya?

Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratus

Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya.Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas, atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi.

Bolehkah seseorang wanita yang menjalani dua pembedahan cesarean melahirkan bayi secara normal?

Sebenarnya ini tidak mustahil kerana pada pengalaman saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas dua kali dibedah cesarean.Tetapi sebelum ini dibenarkan berlaku, satu penilaian penting harus dilakukan, samaada rongga punggungnya itu sempit atau tidak dengan melakukan ujian x-ray punggung (pelvimetry) pada bulan terakhir kandungan.Ukuran besar bayi juga perlu dilakukan melalui ultra-sound.

Ketika mengandung kali ini, ibu tersebut dinasihatkan supaya jangan memakan bahan karbohidrat atau manisan yang berlebihan untuk mencegah bayi menjadi terlalu besar.Makanan yang berasaskan protin dan sayuran perlu ditekankan, malah saya ada satu pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas tiga kali dibedah cesarean.Tetapi ini satu keadaan yang amat luar biasa dan kelihatan mustahil tetapi wujud.

Perlukah selepas tiga kali dibedah ia mesti diikat saluran benihnya (sterilization)?


Sebenarnya pembedahan cesarean ini tidak terhad kepada tiga kali sahaja.Kalau pesakit itu sihat dan tidak mengalami apa apa penyakit yang merbahaya seperti sakit jantung atau bubah pinggang, ia boleh menjalani pembedahan banyak kali.Mungkin sampai enam atau lapan kali bergantung kepada kemampuan kesihatannya, mentalnya dan kehendak pesakit itu sendiri.Saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah dibedah sebanyak enam kali.

sumber dari http://www.hamidarshat.com/pembedahan-informasi-218/70-pembedahan.html

Offline shasuria

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 386
  • Suka? +11/-0
  • Hidup ini hanya sementara..
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #34 on: May 22, 2012, 08:26:21 PM »
Terima kasih Myn Farhah..
Info yg sangat membantu..

Anyway, macam mana kita nak tahu rongga punggung kita ni besar atau kecil?
Kalau punggung besar tu maksudnya macam mana ye?

Offline umi_sayang

  • Delima
  • *
  • Posts: 1125
  • Suka? +6/-0
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #35 on: May 23, 2012, 08:35:29 AM »
walaupun dah banyak panduan masih takut kalau ter czer..... :(

Offline tisya

  • Topaz
  • *
  • Posts: 7
  • Suka? +0/-0
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #36 on: May 31, 2012, 02:07:44 PM »
saya pun bersalin c-zer jgk 8)
ni pun merancang jg utk 2nd bby 8)

Offline amierza84

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 197
  • Suka? +0/-0
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #37 on: June 03, 2012, 04:36:30 PM »
sy czer thn lepas...skrg baby da 6bulan sy peggy anak kedua 4mggu...harap2 xder ape....macam bimbang pon ader huhu

Offline LadyUnguViolet

  • Peniaga
  • Zamrud
  • *
  • Posts: 143
  • Suka? +0/-0
    • Malayan Mama ~ Mom Inspired. Pure and Natural from the very first start.
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #38 on: June 03, 2012, 05:41:12 PM »
Just nak share :

Pembedahan

Pembedahan Caesarean Mengapa Perlu ?

Pembedahan Cesarean untuk melahirkan anak dengan cara pembedahan biasanya dilakukan secara cemas (emergency) atau secara diatur (elective). Di antara sebab-sebab ia dilakukan ialah :

1. Bayi lemas (fetal distress), ditandai denyutan jantung bayi sangat perlahan kerana tidak cukup oksigen dibekalkan dalam rahim sewaktu proses beralin.

2. Perdarahan kerana uri diberada depan bayi dan menyekat pintu rahim(Placenta previa).

3 . Rongga punggung ibu sempit, tidak muat kepala bayi.

4.Kedudukkan bayi songsang atau melintang.

5 . Sakit bersalin terlalu lama, mungkin lebih 24 jam, ibu keletihan.

6 . Bayi terlalu besar.

7.Masalah-masalah seperti mandul; berulang-kali keguguran anak; mengandung anak sulung dan ibu berumur lebih 35 tahun ke atas (elderly primidgravida) dan lain-lain..







Bagaimana Bius ?

Biasanya ada dua pilihan ;

1.Bius umum, tidur langsung. (General anesthetic)

2.Bius saraf belakang ‘Epidural’ , hanya kebas pada perut hingga ke kaki, masih sedar tentang apa yang berlaku.

Jagaan Lepas Bedah

Jagaan selepas pembedahan cesarean adalah seperti juga jagaan waktu pantang selepas bersalin atau jagaan selepas pembedahan daripada penyakit jenis lain dalam perut. Rawatan susulan ke klinik ialah selepas 2 minggu untuk melihat perkembangan luka jahitan.

Apa yang penting sekali ialah dalam dua minggu pertama ketika luka daripada pembedahan dan kelahiran bayi mulai pulih, badan memerlukan banyak sumber protin daripada makanan, oleh itu makanan yang berkhasiat dan seimbangterdiri bahan-bahan karbohidrat, protin, vitamin daripada sayur-sayuran dan buah-buahan adalah penting.

"Oleh itu dalam waktu pantang ini, khususnya selepas pembedahan cesarean, janganlah sekat makanan yang berkhasiat oleh sebab kepercayaan dan amalan budaya kita ataupun oleh sebab desakan dari orang orang tua kita.Walau demikian makanan yang tentu boleh menyebabkan masalah seperti yang boleh menyebabkan alahan (allergy) patut dijauhkan."

Kurangkan sedikit bahan-bahan yang kaya dengan minyak dan lemak dan bahan manisan yang mengandungi banyak gula seperticoklat dan ais-krim.Pil vitamin dan logamyang dimakan ketika mengandung patut diteruskan sehingga habis pantang khususnya bagi mereka yang menyusukan kerana proses penyusuan memerlukan bahan bahan vitamin khususnya kalsium dalam pembentukan susu.

Biasanya luka pada perut akan kering dan rapat setelah dua minggu.Ketika ini pesakit boleh melakukan aktiviti dan kerja rumah.

Amalan menggunakan bengkung dan juga bertungku tidak dicegah.
Mengurut pada badan juga tidak dicegah, tetapi jika boleh jangan sentuh bahagian perut khususnya pada luka pembedahan tersebut.


Makanan makanan tambahan untuk mempercepatkan proses pemulihan di luka, seperti Jeli, pati ikan haruan dan lain lain bahan di pasaran tidak dicegah.

Apa yang dilarang ialah mengaplikasikan terus ubat pati gamat atau pati haruan pada bahagian bahagian luka ketika 3 minggu pertamaselepas dibedah.

Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan kesakitan yang teramat sangat berlaku. Jika ini berlaku anda mesti bersihkan kawasan yang dijankiti kuman dengan savlon yang dicampur air suam, berserta kapas bersih pada kawasan itu. Picit air bisa dan nanah keluar setiap hari dan biarkan luka terdedah kepada udara. Ini akan memeprcepatkan proses pemulihan kulit.

Jarak kehamilan selepas cesarean

Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun.Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ?misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.

Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.

Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.

Bolehkah saya melahirkan secara normal berikutnya?

Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratus

Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya.Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas, atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi.

Bolehkah seseorang wanita yang menjalani dua pembedahan cesarean melahirkan bayi secara normal?

Sebenarnya ini tidak mustahil kerana pada pengalaman saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas dua kali dibedah cesarean.Tetapi sebelum ini dibenarkan berlaku, satu penilaian penting harus dilakukan, samaada rongga punggungnya itu sempit atau tidak dengan melakukan ujian x-ray punggung (pelvimetry) pada bulan terakhir kandungan.Ukuran besar bayi juga perlu dilakukan melalui ultra-sound.

Ketika mengandung kali ini, ibu tersebut dinasihatkan supaya jangan memakan bahan karbohidrat atau manisan yang berlebihan untuk mencegah bayi menjadi terlalu besar.Makanan yang berasaskan protin dan sayuran perlu ditekankan, malah saya ada satu pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas tiga kali dibedah cesarean.Tetapi ini satu keadaan yang amat luar biasa dan kelihatan mustahil tetapi wujud.

Perlukah selepas tiga kali dibedah ia mesti diikat saluran benihnya (sterilization)?


Sebenarnya pembedahan cesarean ini tidak terhad kepada tiga kali sahaja.Kalau pesakit itu sihat dan tidak mengalami apa apa penyakit yang merbahaya seperti sakit jantung atau bubah pinggang, ia boleh menjalani pembedahan banyak kali.Mungkin sampai enam atau lapan kali bergantung kepada kemampuan kesihatannya, mentalnya dan kehendak pesakit itu sendiri.Saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah dibedah sebanyak enam kali.

sumber dari http://www.hamidarshat.com/pembedahan-informasi-218/70-pembedahan.html


AsSalam.alhamdulillah.jumpa juga info yg melegakan hati dan perasaan.thanks ya myn farhah.mcm niesa baru bersalin secara c-sect 16 may 2012 yg lps tapi baby meninggal dunia.doc gov advise tunggu 2-3 tahun.siap ckp u muda lagi.byk masa nak try again.alahai,kalau jenis senang lekat xperlah jugak.ade jugak doc yg ckp blh try again after 6 months.tapi yg penting bagi niesa kena jg kesihatan betul2 dan jg pemakanan before TTC.
Malayan Mama ~ Mom Inspired. Pure and Natural from the very first start. High quality & affordable branded cloth diapers, baby carriers and diaper bags. Authorized Retailer for world famous brands.

https://www.facebook.com/malayan.mama/info?tab=page_info

http://www.malayanmama.com.my/

Offline ct hawa

  • Topaz
  • *
  • Posts: 1
  • Suka? +0/-0
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #39 on: June 07, 2012, 06:50:28 PM »
Maaf...sy nk tanye.kebanyakkan anda semua c-zer kat hospital mane ye?berapa kos nyer? sy bru 3 minggu tahu hamil. ank da 1 thn 2 bln. sy takut sesangat...adakah sy perlu check keadaan c-zer sy yg dlu?kat mane nk check?sy sangat buntu...tlg la terangkan prosidur yg saya perlu buat sekarang? adakah selepas 3 bln sy bru g check up first mcm ank ptama dlu??

Offline LadyUnguViolet

  • Peniaga
  • Zamrud
  • *
  • Posts: 143
  • Suka? +0/-0
    • Malayan Mama ~ Mom Inspired. Pure and Natural from the very first start.
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #40 on: June 07, 2012, 08:14:14 PM »
ct hawa:niesa bersalin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.bil utk c-zer+wad 1st class (single bed)+ujian makmal=RM1280.klau private hospital x tau.klau nak chk up di KK kandungan sebulan dah blh wat buku merah.ms chk up nanti blh bincang dgn doktor.
Malayan Mama ~ Mom Inspired. Pure and Natural from the very first start. High quality & affordable branded cloth diapers, baby carriers and diaper bags. Authorized Retailer for world famous brands.

https://www.facebook.com/malayan.mama/info?tab=page_info

http://www.malayanmama.com.my/

Offline ibu sofiya

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 179
  • Suka? +0/-0
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #41 on: June 08, 2012, 09:23:59 AM »
niesa da berapa kali c-ser???

Offline LadyUnguViolet

  • Peniaga
  • Zamrud
  • *
  • Posts: 143
  • Suka? +0/-0
    • Malayan Mama ~ Mom Inspired. Pure and Natural from the very first start.
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #42 on: June 08, 2012, 09:31:07 AM »
sofiya:baru sekali.
Malayan Mama ~ Mom Inspired. Pure and Natural from the very first start. High quality & affordable branded cloth diapers, baby carriers and diaper bags. Authorized Retailer for world famous brands.

https://www.facebook.com/malayan.mama/info?tab=page_info

http://www.malayanmama.com.my/

Offline ibu sofiya

  • Zamrud
  • *
  • Posts: 179
  • Suka? +0/-0
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #43 on: June 08, 2012, 09:45:45 AM »
berapa orang anak da skg?? sofi rasa nk pregnen balik tp takut kene c-ser kali ke2,, anak 1st czer..

Offline LadyUnguViolet

  • Peniaga
  • Zamrud
  • *
  • Posts: 143
  • Suka? +0/-0
    • Malayan Mama ~ Mom Inspired. Pure and Natural from the very first start.
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #44 on: June 08, 2012, 12:56:34 PM »
rezeki bukan milik niesa.baby meninggal dunia.ape2 pun baik bincang dgn doktor b4 preggy.
Malayan Mama ~ Mom Inspired. Pure and Natural from the very first start. High quality & affordable branded cloth diapers, baby carriers and diaper bags. Authorized Retailer for world famous brands.

https://www.facebook.com/malayan.mama/info?tab=page_info

http://www.malayanmama.com.my/

Offline cikmie

  • Topaz
  • *
  • Posts: 12
  • Suka? +0/-0
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #45 on: June 15, 2012, 09:51:17 AM »
Assalamualaikum semua,

Saya juga czer bagi anak yang pertama April yang lalu, Tetapi rezeki tidak menyebelahi saya dan suami, anak saya sempat melihat dunia sehari sahaja, Kematian anak saya adalah disebabkan oleh kecuaian seorang nurse yang telah tersalah bagi injection. Saya juga buntu bilakah jarak sebenar saya boleh mengandung semula, hidup saya jadi kosong, hilang sudah semangat saya. kini hanya air mata peneman saya.

Offline LadyUnguViolet

  • Peniaga
  • Zamrud
  • *
  • Posts: 143
  • Suka? +0/-0
    • Malayan Mama ~ Mom Inspired. Pure and Natural from the very first start.
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #46 on: June 15, 2012, 10:14:56 AM »
cikmie:takziah dan saya faham perasaan awak.saya juga kehilangan puteri sulung pd 16 mei lps.arwah pun sempat hidup satu hari sahaja.mungkin awak blh dpt nasihat guaman utk mengambil tindakan undang2 atas kematian anak awak.maaf ye kalau saya memburukkan keadaan.awak blh dpt nasihat doktor dulu.mcm saya,doktor nasihatkan sekurang2nya 6 bulan tapi kalau preggy lebih awal,xpe,xde masalah.cuma kena care lebih.tapi saya bincang ngan hubby,kami nak jaga kesihatan dulu.cukupkn ape yg kurang.buat chk up dulu baru ttc lagi.cikmie blh join kelab ibu iud.kami sentiasa beri sokongan pd rakan2 RH yg mengalami nasib yg sama dgn kami.sabar dan tabahkan hati ye.insyaALLAH akan digantikan yg lebih baik nanti.percaya dan yakin pd janji ALLAH.

http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,2870.msg246945.html#msg246945
Malayan Mama ~ Mom Inspired. Pure and Natural from the very first start. High quality & affordable branded cloth diapers, baby carriers and diaper bags. Authorized Retailer for world famous brands.

https://www.facebook.com/malayan.mama/info?tab=page_info

http://www.malayanmama.com.my/

Offline cikmie

  • Topaz
  • *
  • Posts: 12
  • Suka? +0/-0
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #47 on: June 15, 2012, 11:56:23 AM »
terima kasih neesa. Takziah juga dari saya. kita berkogsi kisah yang sama.

Offline elleyana

  • KNK
  • Nilam
  • *
  • Posts: 469
  • Suka? +0/-0
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #48 on: June 27, 2012, 10:06:30 AM »
wah...besday arwah anak niesa,sama tarikh cm anak yana..cuma sekarang dah setahun...tarikh hari guru..yana pun c-zer gak...rasa takut nak preggny bila teringat kn c-zer...xp,dalam hati nak preggny lagi...hope,kalo ader rezeki lepas nie,usaha tuk normal plak..



Offline LadyUnguViolet

  • Peniaga
  • Zamrud
  • *
  • Posts: 143
  • Suka? +0/-0
    • Malayan Mama ~ Mom Inspired. Pure and Natural from the very first start.
Re: C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin C-zer.
« Reply #49 on: June 27, 2012, 10:16:06 AM »
wah...besday arwah anak niesa,sama tarikh cm anak yana..cuma sekarang dah setahun...tarikh hari guru..yana pun c-zer gak...rasa takut nak preggny bila teringat kn c-zer...xp,dalam hati nak preggny lagi...hope,kalo ader rezeki lepas nie,usaha tuk normal plak..

nephew niesa pun birthday dia pun tarikh tu jugak.dah balik dari hospital,tgk status org kat fb,baru igt tarikh tu adalah hari guru.kat JB nie,gov hospital blh smpai 3 kali czer je.kalau private hospital,ada doktor berani smpai 5 kali.klau ada rezeki pun niesa nak bersalin normal.kita hanya merancang tapi perancangan ALLAH SWT jua yg sebaik-baiknya.
Malayan Mama ~ Mom Inspired. Pure and Natural from the very first start. High quality & affordable branded cloth diapers, baby carriers and diaper bags. Authorized Retailer for world famous brands.

https://www.facebook.com/malayan.mama/info?tab=page_info

http://www.malayanmama.com.my/

 


IKLAN

IKLAN PENAJA